“Boleh Lumpuh Jika Makan” – Orang Ramai Digesa Elak Makan Kerang Dari Sungai Geting, Kelantan
Pengarah Perikanan Kelantan iaitu Nazri Ishak memaklumkan larangan tersebut berkuat kuasa serta merta selepas mendapat hasil analisis daripada makmal Biosekuriti Perikanan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, mesti ramai yang dah seronok berjalan sana sini.
Mana taknya, dulu asyik terperap dalam rumah sahaja kan?
Sekarang ini adalah masa yang sesuai buat penggemar makanan untuk melakukan aktiviti food hunting.
Jangan makan spesies kerang dari Sungai Geting
Namun di sebalik keseronokan itu, anda diminta berhati-hati dengan spesies kerang daripada Sungai Geting, Tumpat, Kelantan.
Laporan media baru-baru ini melarang orang ramai untuk melakukan aktiviti memungut, menjual dan memakan spesies kerang di kawasan tersebut.
Antara spesies kerang-kerangan yang dilarang makan adalah tiram, lokan, kepah dan lala.
Pengarah Perikanan Kelantan iaitu Nazri Ishak memaklumkan larangan tersebut berkuat kuasa serta merta selepas mendapat hasil analisis daripada makmal Biosekuriti Perikanan.
Kajian mendapati spesies tersebut telah dicemari toksin saraf (Saxitoxin) yang boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan pernafasan.
Bahaya ni.
Sebenarnya, kejadian seperti ini sudah banyak kali berlaku di kawasan yang sama berikutan faktor cuaca yang panas.
Ujian persampelan juga dibuat setiap minggu dan notis pemberitahuan akan dikeluarkan jika spesies itu sudah selamat untuk dimakan.
Jadi sebelum anda nak beli mana-mana spesies kerang, lebih baik bertanya dulu kepada penjual mengenai lokasi makanan tersebut diambil.
Takut juga kalau termakan spesies yang tercemar itu.
Hati-hati ya semua.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.