Now Reading
“Tak Semua Mampu Ke Aquaria KLCC” – Lelaki Ini Sanggup Letak Akuarium Luar Rumah Buat Tontonan Kanak-kanak

“Tak Semua Mampu Ke Aquaria KLCC” – Lelaki Ini Sanggup Letak Akuarium Luar Rumah Buat Tontonan Kanak-kanak

Tindakannya itu secara tidak langsung telah melahirkan rasa kegembiraan buat mereka yang kurang berkemampuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apabila tibanya musim cuti sekolah, ibu bapa tidak akan melepaskan peluang untuk membawa anak-anak mereka berkunjung ke tempat popular seperti Zoo Negara, ataupun Aquaria KLCC.

Pendek kata, dua tempat ini memang akan dibanjiri manusia pada musim cuti.

Sumber: Pinterest

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk pergi ke tempat-tempat ini. Malah, ada yang hanya mampu melihat binatang menerusi apa yang dimuat naik di media sosial sahaja.

Bina ‘Aquaria’ sendiri di depan rumah

Prihatin dan peka dengan perkara itu, seorang individu dari Sungai Petani, Kedah telah melakarkan senyuman buat golongan kurang berkemampuan ini dengan membina sebuah akuarium besar di hadapan rumahnya.

Dia telah memuat naik satu video menerusi aplikasi TikTok @zarefiq bertujuan untuk menunjukkan akuarium yang telah dibina itu.

Ternyata, perkara itu membuatkan kanak-kanak lebih teruja selepas diberikan peluang untuk melihat sendiri kehidupan laut tersebut dengan lebih dekat.

Tak semua orang mampu nak pergi tengok ikan kat aquaria ataupun tempat lain, tank saya memang kat luar rumah sebab suka tengok mereka happy dan excited.

Afiq, menerusi TikTok @zarefiq.
@zarefiq Tak semua orang mampu nak g tengok ikan kat aquaria ataupon tmpt lain, tank saya memang kt luar rumah sebab suka tgk deorang happy and excited ❤️❤️ #fishkeeper #predatorfish #fyp ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Video tersebut setakat ini telah menerima lebih 500,000 tontonan dengan pujian orang ramai di ruangan komen.

Mana tidaknya, kebaikan yang dilakukan itu bukan sahaja akan membahagiakan kanak-kanak, malah mereka juga boleh belajar tentang kehidupan laut tersebut.

Tengoklah, kanak-kanak ini pun seronok dapat tengok ikan seolah-olah ianya merupakan pengalaman pertamanya.

Tersentuh pula tengok.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang prihatin tentang keselamatan akuarium dan ikan-ikan yang diletakkan di luar rumah itu – ada yang minta untuk tuan empunya memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Manalah tahu, risau ada yang berniat tidak elok.

Apa pun, semoga individu ini diterima rezeki melimpah ruah dan setimpal dengan apa yang dilakukan untuk membahagiakan orang lain ini. Amin.

BACA JUGA: [Video] Netizen Puji Rider Pantas Bak Kilat Untuk Selamatkan Nyawa Bayi


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd