Now Reading
Perlis Benarkan Solat Berjemaah Di Masjid Mulai Esok, 1 Julai

Perlis Benarkan Solat Berjemaah Di Masjid Mulai Esok, 1 Julai

Kebenaran ini hanya terpakai di masjid di seluruh negeri Perlis sahaja manakala sebarang aktiviti di surau kekal ditangguhkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setakat semalam (29 Jun), kes positif Covid-19 negara telah mencacatkan jumlah 6,437 kes dengan kes keseluruhan (745,703).

Selangor sekali lagi menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi dengan (2,299), diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,361), Negeri Sembilan (700).

Namun begitu, Perlis mencatatkan 0 kes harian dan tiada kematian dilaporkan di negeri tersebut.

Kredit: KKM

Syabas, Perlis!

Aktiviti solat berjemaah dibenarkan di Perlis mulai esok (1 Julai)

Aktiviti solat berjemaah di masjid seluruh Perlis dibenarkan dilakukan bermula esok dengan kapasiti maksimum mengikut saiz sesuatu masjid sahaja.

Menurut laporan, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya berkata perkenan berkenaan dilaksanakan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 di Perlis yang dilihat terkawal serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada oleh rakyat di Perlis.

Oleh hal demikian, kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid bermula solat Subuh pada hari esok sehingga tempoh baharu arahan terkini yang mungkin dikeluarkan. Namun begitu, kebenaran ini hanya terpakai di masjid di seluruh negeri Perlis sahaja manakala sebarang aktiviti di surau kekal ditangguhkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya melalui Berita Harian.

Walau bagaimanapun, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa jemaah untuk membawa bekas pembungkus kasut ke masjid bagi mengelakkan kesesakan ketika keluar masuk ke dalam masjid.

Jemaah berusia 60 tahun ke atas perlu melengkapkan dua dos suntikan vaksin

Namun begitu, bagi jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas, mereka dibenarkan dengan syarat lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sebagai langkah kawalan, mereka yang terbabit dengan aktiviti rentas sempadan dan negeri sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang-alik bekerja pada setiap hari adalah tidak dibenarkan hadir. Demikian juga ahli keluarga mereka yang tinggal bersama tidak dibenarkan hadir melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya melalui Berita Harian.

Baginda turut menyatakan bahawa tempoh masa pelaksanaan solat fardu adalah selama 10 minit manakala tempoh pelaksanaan khutbah dan solat Jumaat adalah selama 15 minit sahaja.

Laungan azan akan kembali dilaungkan dengan lafaz dan kaedah seperti biasa.

Selain itu, aktiviti berkumpulan sama ada kuliah, kelas, pengajian dan sebagainya selain solat Jumaat dan solat fardu buat masa ini masih tidak dapat dibenarkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya melalui Berita Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd