Now Reading
Doktor Ini Beri Penjelasan ‘Azab’ Ketika Diserang Virus Covid-19 Walaupun Luaran Nampak Stabil

Doktor Ini Beri Penjelasan ‘Azab’ Ketika Diserang Virus Covid-19 Walaupun Luaran Nampak Stabil

Malah, ada juga kes Covid-19 di mana virus koronavirus 2 (SARS-CoV-2) itu menyerang sistem saraf.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mungkin jika dilihat, rata-rata pesakit yang disahkan positif Covid-19 tampak steady. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tiada simptom. Namun, lain pula dengan mereka yang diserang kesan teruk serangan virus Covid-19 ini.

Malah, ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana Covid-19 ini adalah sejenis penyakit yang menyerang organ dalaman seseorang.

Menurut penjelasan seorang Pakar Perubatan Forensik Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, beliau berkata, kebiasaannya apabila dijalankan bedah siasat untuk kes Covid-19, pihaknya akan menemui tanda-tanda keradangan paru-paru yang sangat teruk.

Ini menunjukkan paru-paru tidak dapat berfungsi dan mangsa mati akibat daripada kegagalan fungsi paru-paru itu. Jika dilihat daripada luaran, memang tiada apa-apa tanda menunjukkan seseorang itu menghidap Covid-19.

Pakar Perubatan Forensik Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, melalui temu bual bersama Harian Metro.
Kredit: Kompas.com

Bukan setakat itu sahaja, ada juga kes Covid-19 di mana virus koronavirus 2 (SARS-CoV-2) itu menyerang sistem saraf. Diulas lanjut, ia menyebabkan keadaan dipanggil keradangan kepada selaput otak dan juga otak.

Kes-kes bedah siasat terhadap mayat Covid-19 yang dijalankan di IPFN HKL kebiasaannya menunjukkan radang paru-paru teruk dan tanda kegagalan organ utama seperti jantung dan buah pinggang.

Pakar Perubatan Forensik Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, melalui temu bual bersama Harian Metro.

Bedah siasat mayat yang disahkan positif Covid-19 akan dijalankan di bilik khas

Dr Ahmad Hafizam turut menjelaskan bahawa bagi setiap kes kematian dibawa mati (istilah untuk mati di luar hospital) atau kematian yang perlu dilakukan bedah siasat perundangan, saringan Covid-19 perlu dijalankan. Ini bagi memastikan keselamatan petugas bedah siasat.

Jika mayat tidak menghidap Covid-19, proses bedah siasat boleh dilakukan seperti biasa. Tetapi jika disahkan Covid-19 dan jika bedah siasat diperlukan, ia perlu dijalankan dalam bilik bedah siasat khas.

Aspek keselamatan untuk bedah siasat berisiko tinggi diguna pakai untuk kes sedemikian. Disebabkan mayat perlu disaring, jadi masa menunggu keputusan Covid-19 menyebabkan kelewatan untuk menjalankan bedah siasat. Malah, semua kematian dari luar hospital dibawa ke IPFN HKL pada waktu ini perlu melalui saringan Covid-19 memandangkan lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor adalah zon merah.

Pakar Perubatan Forensik Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, melalui temu bual bersama Harian Metro.

Adakah forensik berperanan dalam mengenal pasti varian Covid-19 dijangkiti virus SARS-CoV-2?

Beliau menjelaskan bahawa peranan pihaknya daripada segi pengambilan spesimen untuk disaring. Spesimen itu kemudian dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk dilakukan kajian terperinci bagi penentuan varian.

Ini kerana di Jabatan Perubatan Forensik, mereka bukan sahaja mengurus mayat berkaitan dengan Covid-19, malah turut mengurus kematian biasa atau pun penyakit lain dan kematian diakibatkan kecederaan atau pun bukan disebabkan penyakit.

Ada juga kes di mana mayat mangsa Covid-19 tidak dituntut atau mayat yang tidak dikenal pasti identitinya. Mayat ini diurus pihak hospital. Bagi mayat yang ada identiti, jika Muslim akan diuruskan oleh Jawi.

Covid-19 adalah sesuatu yang benar dan ia penyakit yang boleh membunuh. Kami di Jabatan Perubatan Forensik mengurus banyak mayat akibat Covid-19 daripada pelbagai usia, kaum dan anutan. Covid-19 yang melanda bukan perkara yang boleh diambil mudah.

Pakar Perubatan Forensik Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, melalui temu bual bersama Harian Metro.

Malah, beliau turut menjelaskan betapa sedihnya riwayat hidup pesakit-pesakit yang diserang Covid-19 ini kerana kematian Covid-19 adalah kematian sendirian. Sebelum seorang pesakit Covid-19 mati iaitu ketika dirawat di hospital, tidak ada sesiapa yang boleh menziarahnya.

Manakala apabila berlaku kematian dan dihantar di Jabatan Forensik, hanya seorang sahaja boleh mengecam mayat. Pihak keluarga tidak dapat melaksanakan tanggungjawab terakhir terhadap orang yang tersayang jika mati disebabkan oleh Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen + eight =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd