Now Reading
Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!

Resepi Chili Butter Clams Ini Raih Shares Hampir 8K Di Facebook. Nampak Sedap!

Macam boleh cuba je resepi Chili Butter Clams ni weekend nanti. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Waktu-waktu PKP ini adalah waktu paling tepat buat korang yang berada di rumah untuk cuba menu baru setiap hari. Mana tidaknya, dua minggu duduk di rumah sampai dah buntu tak tahu nak makan apa, jadi apa salahnya experiment menu terkini.

Contohnya seperti seorang pengguna Facebook ini yang berkongsikan resepi Chili Butter Clams yang telah dimasak olehnya. Ternyata, ramai juga yang menggemari menu ini.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebook miliknya dan kini berjaya meraih lebih 7.5 ribu shares ketika artikel ini ditulis.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg kepah
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (besar ruas jari)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar empingan cili
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan susu (atau 1 cawan krim masakan)
  • 1 sudu kecil oregano/thyme
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

  • Rendam dan cuci kepah bersih-bersih. Kemudian rendam dengan air suam sekejap, dia terbuka sikit. Pasir semua keluar.
  • Rempah asas yang kita kena guna: Empingan cili (chili flakes) ni kalau tak ada, boleh kisar kasar cili kering. Boleh juga gantikan dengan cili padi.
  • Campur minyak dan mentega. Kalau guna mentega semata, dia cepat hangus masa nak tumis bawang. Jadi saya campur sikit minyak. Panaskan sampai mentega cair.
  • Mentega dah cair, boleh mula tumis bawang putih. Dia berbuih bukan main, bau dia pun bukan main! Menggoda betul bau mentega ni. Guna api kecil sahaja, dan tumis dengan sabar.
  • Bawang dah keemasan, boleh masukkan daun kari. Boleh lurut daun, atau masukkan sahaja dengan tangkai sekali. Ikutlah tahap kesenian masing-masing. Jangan gocoh, jangan gaduh bab ni.
  • Masukkan empingan cili ni. Kalau suka pedas, masukkan lebih, kalau tak suka pedas, kurangkan. Apapun, masakan ni kena ada rasa pedas, supaya ia tak terlalu muak.
  • Dah selesai tumis empingan cili, tuang susu penuh krim atau krim masakan. Nak gunakan susu sejat pun boleh. Panaskan sehingga pekat. Pastikan sentiasa kacau, supaya susu ni tak berketul.
  • Bila dah pekat boleh masukkan garam, gula, dan perasa. Ada orang yang gunakan kiub ayam, kiub ikan bilis, air rebusan sayur, dan sebagainya. Ikutlah citarasa masing-masing.
  • Ok, masukkan kepah. Gaul gaul gaul, sampai kuah ni mesra dengan kepah. Pastikan kuahnya masuk celah-celah cengkeram dia tu.
  • Masukkan herba Itali. Campuran thyme, oregano, dan parsli kering. Ini adalah bahan yang boleh diabaikan kalau tiada. Kalau tak ada pun tak beza sangat rasa masakan ni.
  • Tutup. Biarkan 3-5 minit, sampai semua kepah tadi masak dan terbuka. Air kepah akan keluar, dan terkukus dalam kuali yang ditutup ni.
  • Periksa sikit. Nampaknya kepah dah masak elok. Jangan tak cukup masak, sakit perut karang. Jangan lebih masak, nanti isi dia jadi kecut sangat. 3-5 minit bertutup tu, InsyaAllah sedang-sedang elok.
  • Tabur daun ketumbar dan parutan kulit lemon, serta letak hirisan lemon. Rasa hidangan dia memang pekat, lemak berkrim, dan pedas. Sedap makan dengan mantou, garlic bread atau nasi putih.
KamarulAriffinNorSadan/Facebook

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd