Now Reading
Pelari Menara Nombor 1 Dunia Bawa Bagasi Penuh Snek Dari Malaysia, Niat Mahu Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Pelari Menara Nombor 1 Dunia Bawa Bagasi Penuh Snek Dari Malaysia, Niat Mahu Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama Mamee dan Apollo.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ingat tak ketika zaman kanak-kanak dahulu, kita semua mesti pernah lalui fasa sering dimarahi emak kerana terlalu kerap makan snek atau juga disebut sebagai ‘jajan’?

Kalau bawa RM1 pergi kedai runcit waktu tahun 90an, macam-macam makanan ringan yang akan dibeli sampai penuh satu beg plastik dibawa balik.

Antara ‘jajan’ yang popular ketika zaman dahulu adalah seperti:

  • Apollo
  • Keropok Bika
  • Keropok Tamtam
  • Coklat Tora
  • Keropok Chickadees
  • Coklat kotak Ding Dang
  • Horlick Malties

Geng-geng yang lahir zaman 90an ke bawah mesti akan mengimbau kembali kenangan apabila mendengar semula nama-nama ‘jajan’ ini.

Baca Artikel Berkaitan: Remember These Munchies? Take A Stroll Down Memory Lane Of Malaysia’s Fav Childhood Snacks


Atlet Negara Bawa Bagasi Penuh Snek Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Berbicara tentang snek ketika zaman kanak-kanak, pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching juga menikmati makanan ringan yang sama seperti kita semua semasa kecil.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Soh Wai Ching Towerrunner, atlet Malaysia yang juga baru sahaja menjuarai Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei ini telah berkongsi kisah ketika disoal tentang isi kandungan di dalam bagasinya.

Siapa sangka, bagasinya itu dipenuhi dengan pelbagai jenis snek yang sering dimakan olehnya ketika zaman kanak-kanak.

Atlet berusia 29 tahun itu sanggup membawa jumlah snek yang banyak semata-mata untuk berkongsi dengan atlet-atlet dari negara lain.

Soh menceritakan ketika pertama menyertai acara Tower Run pada tahun 2017, dia pernah membawa snek dari jenama Mamee, Apollo dan dodol.

Sejak dari itu, dia juga mengajak para atlet dari negara lain untuk membawa snek ketika zaman kanak-kanak mereka untuk saling bertukar seperti sistem barter.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Gelagat Atlet Itu

Hantaran yang dimuat naik oleh Soh itu meraih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya teruja selepas mendapat tahu cara yang dilakukan oleh atlet berkenaan ketika berjumpa dengan atlet yang lain.

Sesetengah netizen berpendapat cara ini secara tidak langsung membolehkan dirinya juga menikmati snek kanak-kanak dari negara lain melalui sistem barter.

Ada juga yang menganggap langkah ini dapat mempromosikan snek yang dijual di Malaysia.

Sementara itu, seorang netizen pula meluahkan rasa teruja selepas melihat bagasi Soh yang memiliki keropok dari jenama Mamee yang dipercayai edisi terhad.

Sumber: Facebook

Profil Tentang Soh Wai Ching

Sebagai info, Soh Wai Ching adalah pelari menara terbaik Malaysia dan kini bergelar pelari menara nombor 1 di dunia.

Beliau mula memasuki pertandingan antarabangsa pada tahun 2017 dan telah memenangi 37 daripada 69 pertandingan dan memegang 23 catatan masa terbaik setakat Oktober 2022.

Sumber: Instagram @mastowerrunner

Pada tahun 2020, beliau mendapat Rekod Dunia Guinness untuk ‘Greatest Vertical Height Stair Climbing in One Hour’ bagi kategori lelaki.

Didorong oleh kakaknya yang merupakan pelari jarak jauh, Wai Ching juga meraih inspirasi untuk memenangi pingat dan membanggakan keluarganya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd