Now Reading
[Video] Lelaki Cium & Manja Dengan Kucing Jalanan Raih Perhatian, Siap Bedung Macam Bayi!

[Video] Lelaki Cium & Manja Dengan Kucing Jalanan Raih Perhatian, Siap Bedung Macam Bayi!

Seorang penunggang motosikal dilihat berulang kali mencium seekor kucing jalanan yang dibedung dengan sehelai kain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Haiwan yang tidak mempunyai tuan seperti kucing atau anjing dilihat sering berkeliaran di jalan termasuklah di kawasan perumahan atau lorong terbiar.

Bukan sahaja tidak ada tempat tinggal yang selesa, malah makan dan minum haiwan ini juga tidak terjaga. Ada juga di kalangan haiwan yang terpaksa berlapar berhari-hari kerana tidak menjumpai sumber makanan.

Sama seperti haiwan peliharaan yang lain, kucing jalanan ini juga perlu dilayan dengan baik dan penuh perhatian.


Lelaki Bermanja Dengan Kucing Jalanan Atas Motosikal

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @ricxxxkiddo) menyaksikan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal sedang bermanja dengan seekor kucing dipercayai kucing terbiar.

Menerusi video tersebut, kelihatan anak kucing yang kecil itu diletakkan atas tapak tangan selain dibedung dengan kain kecil.

Mungkin disebabkan berasa geram dengan kecomelan si bulus, lelaki berkenaan dilihat mencium anak kucing tersebut berulang kali. Lebih mencuit hati apabila kucing itu dilihat kekal tenang dan tidak meragam selepas dibalut dengan kain.

Selepas selesai melayan dan bermain dengan kucing berkenaan, lelaki tersebut memasukkan haiwan itu di dalam sebuah beg tote dan meletakkannya di ruang hadapan motosikal.

Kemudian, lelaki itu dilihat berlalu pergi dari kawasan itu, mungkin bawa ia pulang ke rumah? Comel betul ya.


Netizen Cair Hati Lihat Lelaki Bermesra Dengan Kucing Jalanan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen cair hati melihat telatah lelaki yang bermanja dengan kucing tersebut.

“Comel sangat. Dia punya sayang buat aku nak nangis tengok. Sangat sangat dan menghargai ya,” ujar seorang pengguna X.

Malah ada individu yang berkata sesetengah kucing mempunyai bau tersendiri yang membuatkan anda suka menghidu dan menciumnya.

“Memang ada kucing bau dia syok. Cium banyak kali sampai dia rasa rimas,” kata seorang lelaki.

Ada juga yang berkata tindakan lelaki tersebut menunjukkan bahawa dia mempunyai sifat yang baik.

“Orang yang sayang haiwan ni memang green flag kalau nak dijadikan pasangan. Cari pasangan pencinta haiwan,” jelas seorang warganet.

Sementara itu segelintir orang ramai telah menitipkan doa buat lelaki tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki kerana membela kucing berkenaan.

Sumber: X (@ricxxxkiddo)

Kalau anda nak tahu, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Meskipun hukum membela kucing adalah harus, namun berbuat ihsan terhadap haiwan merupakan sesuatu yang wajib.

Selepas ini, kalau terjumpa haiwan jalanan di merata tempat, bolehlah berkongsi rezeki dengan memberikan makanan atau minuman. Insya-Allah, besar ganjarannya.

Baca Artikel Berkaitan: Dahulu Hanya Kucing Jalanan, Netizen Pilih Nama ‘Cetel’ Untuk Duta Setel

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Untuk Kucing Jalanan Di Subang Jaya Ini Dapat Perhatian. Siap Ada Alamat!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd