Now Reading
[Video] Rumah Untuk Kucing Jalanan Di Subang Jaya Ini Dapat Perhatian. Siap Ada Alamat!

[Video] Rumah Untuk Kucing Jalanan Di Subang Jaya Ini Dapat Perhatian. Siap Ada Alamat!

Rumah kucing ini terletak di Jalan SS18/1, 47500 Subang Jaya, Selangor. Cuba waze?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Kucing, atau Si Bulus.”

Seringkali kita lihat kucing jalanan terbiar di luar sana tanpa makan, minum dan tempat tinggal yang tetap.

Ini kerana mereka tidak mempunyai ‘tuan’ yang boleh menjaga dan memelihara keperluan mereka.

Kadang kala, waktu kita sedang makan di restoran atau gerai – kucing jalanan akan menghampiri manusia dan menunjukkan tanda bahawa mereka lapar dan ingin diberikan makanan.

Tengok mata pun dah tahu mereka lapar.

Kasihan sungguh kucing yang tidak bertuan ini. 🙁

PSA: Kalau korang ada rezeki lebih, bolehlah beli makanan kucing dan simpan dalam kereta atau beg tangan. Nanti jumpa kucing yang lapar, boleh bagi mereka makan. Pahala pun dapat, kucing pun happy.

Rumah kucing jalanan dibina di Subang Jaya.

COMEL SANGAT!

Baru-baru ini telah tular di TikTok di mana sebuah rumah kucing jalanan telah dibina bawah pokok di kawasan Subang Jaya.

Video rumah kucing tersebut telah dimuat naik oleh @pamellalah dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Mana taknya, rumah kecil molek itu boleh menempatkan beberapa ekor kucing jalanan yang ingin berteduh. Malah, orang ramai juga boleh memberi kucing-kucing tersebut makan di situ.

Kan lebih rapi dan teratur.

@pamellalah

Never a dull day in #subangjaya

♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

Paling menarik, siap ada alamat!

Ini kalau nak hantar parcel atau food delivery agak-agak sampai tak? Hehe.

Semoga mereka yang membina rumah kucing ini diberikan rezeki melimpah ruah. 🙂


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd