Now Reading
[Video] Pelajar Lesen ‘L’ Tukar Lorong & Brek Mengejut Di Jalan Raya, 4 Pemandu Terlibat Kemalangan

[Video] Pelajar Lesen ‘L’ Tukar Lorong & Brek Mengejut Di Jalan Raya, 4 Pemandu Terlibat Kemalangan

Kemalangan itu tidak hanya melibatkan sebuah kereta sahaja kerana terdapat tiga kenderaan lain di lorong yang sama turut berlanggar antara satu sama lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu sekiranya aspek keselamatan tidak menjadi keutamaan.

Antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dengan tidak memandu melebihi had ditetapkan serta menjaga jarak dengan kenderaan lain.

Lebih membimbangkan lagi, kecuaian seorang pemandu juga boleh merisikokan pengguna lain dan lebih parah sekiranya berlaku kematian.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kemalangan Babit Warga Emas Di Malaysia Semakin Meningkat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Wanita ‘Bising’ Ketika Kereta Melalui Kawasan Angin Lintang, PHM Jelas Boleh Sebabkan Kemalangan


Kereta Pelajar Lesen Memandu Dirempuh Pengguna Jalan Raya

Bercakap tentang kemalangan, baru-baru ini satu insiden di telah berlaku melibatkan beberapa pemandu dan juga pelajar yang sedang menjalani latihan lesen memandu di jalan raya.

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@ricxxxkiddo), kelihatan sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna merah telah menghentam bahagian belakang sebuah kenderaan Perodua Axia yang dipercayai dibawa oleh pelajar lesen memandu.

Di bahagian belakang kereta Axia itu juga jelas kelihatan pelekat L yang memberi isyarat bahawa pemandunya adalah pelajar yang sedang dalam latihan.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku disebabkan pelajar terbabit menukar lorong dan menekan brek secara mengejut sebelum dilanggar oleh pemandu di belakang.

Walau bagaimanapun, perlanggaran itu tidak hanya melibatkan sebuah kereta sahaja kerana terdapat tiga kenderaan lain di lorong yang sama turut berlanggar antara satu sama lain.


Netizen ‘Back Up’ Pelajar Tersebut

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan lebih memihak kepada pelajar latihan memandu itu kerana sudah jelas menampal pelekat ‘L’ di bahagian belakang kereta sebagai isyarat kepada pemandu lain.

“Dalam situasi ni, aku rasa berpihak kepada pelajar tu. Pemandu mahir patut lebih aware bila nampak kereta lesen L atas jalan,” kata netizen.

Netizen turut berpendapat pemandu lain sepatutnya menjaga jarak dan tidak memandu dengan laju apabila berada berhampiran dengan kenderaan yang dipandu oleh pelajar.

“Kat belakang kereta belajar memandu tu dah ada tulis dah ‘pemandu sedang belajar’, janganlah bawa rapat sangat dengan kereta ni,” ujar netizen.

Tambah netizen lagi, menekan hon kepada pelajar memandu juga dikira sebagai satu kesalahan kerana boleh menyebabkan pelajar menjadi panik.

Sumber: X

Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Berdepan Situasi Mencemaskan Di Jalan Raya

Menerusi perkongsian dimuat naik di laman Facebook Public Health Malaysia, orang ramai disarankan untuk kekal bertenang dengan cara menarik nafas lebih dalam (deep breathing) ketika berdepan situasi mencemaskan di jalan raya.

Apabila pemandu kekal tenang, ia dapat mengelakkan mereka daripada menjerit dan hilang fokus untuk memandu dengan selamat.

Ingat ya, cemas macam mana sekalipun penumpang di sebelah tidak boleh memegang stereng pemandu.

Jika bimbang dengan keadaan yang berlaku, boleh berhenti di tempat yang selamat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd