Now Reading
“Dah Macam YB” – Gelagat Murid Salam Tangan Rakan Untuk Terima Duit Raya Bikin Ramai Terhibur

“Dah Macam YB” – Gelagat Murid Salam Tangan Rakan Untuk Terima Duit Raya Bikin Ramai Terhibur

Aksi pelajar berkenaan memberikan duit raya kepada rakannya dilihat seperti seorang figura umum atau ahli politik oleh netizen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, ketika musim perayaan ini, ramai di kalangan masyarakat akan memberikan duit raya lebih-lebih kepada si kecil.

Kalau anda lihat di platform media sosial, banyak kaedah pemberian duit raya unik pada tahun ini. Seperti terdahulu, sekumpulan kanak-kanak di kampung sekitar Jelebu, Negeri Sembilan telah menerima duit raya ‘drive-thru’ dari pemandu di jalan raya yang tidak dikenali.

Gelagat kanak-kanak menerima duit raya dengan cara yang baru itu telah menghiburkan hati para netizen.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Bayar Tol” – Kanak-kanak Terima Duit Raya Dari Pengguna Jalan Raya Ketika Trafik Sesak


Murid Lelaki Beri Duit Raya Kepada Kawan Sekelas Selepas Bersalaman

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cindirellapink7), menyaksikan suasana riuh di sebuah sekolah rendah.

Menerusi klip video yang dikongsi, kelihatan sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang beratur dalam barisan di hadapan sebuah bilik darjah.

Manakala seorang murid lelaki pula sedang menghulurkan duit raya kepada rakan-rakannya itu.

Lebih mencuit hati apabila mereka dilihat salam tangan dan tunduk kepada rakan yang sedang memberi duit raya tersebut. Selalunya momen sebegitu anda boleh lihat apabila kanak-kanak sedang bersalaman dengan orang dewasa, tetapi bukan kali ini.

Sumber: TikTok (@cindirellapink7)

Anak Minta Si Ibu Bahagikan Duit Raya Untuk Rakan Di Sekolah

Ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut memberitahu bahawa anaknya sebelum ini telah meminta untuk membahagikan dan menyimpan duit raya untuk diberikan kepada rakan sekelas.

Melihat kesungguhan murid lelaki berkenaan, si ibu berasa terharu selain mendoakan anak membesar dengan berjaya dalam kehidupannya.

Masya-Allah tabarakallah anak soleh umi. Semoga membesar dengan sihat berjaya dunia akhirat.

Ibu kepada murid yang menghulurkan duit raya.
@cindirellapink7 awal2 sudah pesan simpan kan duit raya untuk kawan2 kelas nya.. MasyaAllah tanarakallah anak soleh umi .. Semoga membesar dengan sihat berjaya dunia akhirat 🫶🏻 #tawau #sabah ♬ original sound – shafiq

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Anak-anak Terima Duit Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur melihat tingkah laku anak-anak kecil tersebut.

“Dah terbiasa kan. Orang bagi duit raya salam cium tangan. Sampaikan rakan sendiri pun diciumnya tangan. Comel je semua,” kata seorang wanita.

Malah ada juga membandingkan murid lelaki yang memberi duit raya dengan pihak berkuasa kerana aksi bersalaman dengan rakan-rakan.

“Gaya-gaya YB (wakil rakyat) bagi sumbangan,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai pengguna laman TikTok telah mendoakan si kecil kerana niat murni bersedekah kepada rakan sekelas.

“Sukanya dia boleh bagi duit raya untuk kawan-kawan. Murah rezeki kamu anak,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@cindirellapink7)

Syok pula tengok ragam sesama rakan sekelas berkenaan. Sumbangan kecil begitu sememangnya boleh mengukirkan senyuman di wajah kanak-kanak tersebut.

Kepada murid sekolah yang memberikan duit raya itu, anda memang terbaik!

Baca Artikel Berkaitan: “Duit Raya Emas?” – Ini Momen Viral Sempena Minggu Pertama Aidilfitri 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Tandatangan Tu” – Aksi Lelaki Ini Beri Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’ Bikin Satu Rumah Meriah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd