Now Reading
[Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya

[Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya

Seekor gajah telah merempuh sebuah kereta di laluan Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Gerik) selepas ia terdengar bunyi suara daripada kenderaan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, ramai masyarakat setempat telah pulang ke kampung halaman sejak minggu lalu untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Seperti yang dilihat di media sosial, rata-rata lebuh raya di seluruh negara sesak dengan kenderaan.

Malah ramai juga di antara mereka yang terpaksa melalui lebuh raya yang menjadi tumpuan haiwan liar untuk sampai ke destinasi masing-masing.


Pengguna Jalan Raya Cemas Lihat Gajah Di Laluan Jeli-Gerik

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jadthechampion), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Jad Ayub mendedahkan detik cemas yang dilaluinya bersama keluarga semasa berada laluan Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Gerik).

Menerusi video perkongsian, kelihatan seekor gajah liar berkeliaran di jalan raya menuju ke beberapa buah kenderaan.

Pada awalnya, gajah itu dilihat mendekati sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan kenderaan keluarga Abdul. Namun ia hanya menjengah dan tidak melakukan apa-apa.

Selepas seketika, gajah berkenaan kemudian berjalan ke arah belakang menuju ke kereta Abdul pula.

Sumber: TikTok (@jadthechampion)

Gajah Rempuh Kereta Atas Jalan Raya

Berasa panik dengan keadaan itu, Abdul bersama seorang wanita dipercayai isterinya mengarahkan anak yang berada di dalam kereta untuk tidak bergerak dari tempat duduk masing-masing dan mendiamkan diri agar tidak mencuri perhatian sang gajah.

Namun begitu, seorang anak kecil telah bersuara dan menyebabkan gajah tersebut berpatah balik dan merempuh kereta mereka.

Nasib menyebelahi keluarga tersebut, kerana rempuhan gajah berkenaan hanya membawa kerosakan pada sebelah pintu kereta sahaja tanpa mencederakan sesiapa.

Gajah rempuh kereta aku. Syukur semua selamat, kereta boleh baiki.

Abdul Jad.
@jadthechampion Syukur semua selamat Jeli-Gerik #fyp #fypã‚· ♬ original sound – Abdul Jad Ayub

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Keberadaan Gajah Di Lebuh Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bunyi suara anak kecil membuatkan gajah tersebut berasa sensitif lalu merempuh kereta berkenaan.

“Dia dengar bunyi suara tu telinga dia (gajah) sensitif walaupun kita tutup cermin (kereta),” ujar seorang individu.

Malah, ada juga yang memberi cadangan untuk mengamalkan bacaan doa Nabi Sulaiman yang difahamkan boleh menjinakkan haiwan buas ketika situasi sebegitu berlaku.

“Pernah kena situasi macam ni. Baca doa Nabi Sulaiman, tetapi tiada buat bising atau bercakap dalam kereta. Sebab telinga gajah ni sangat-sangat peka. Gajah dapat rasa getaran takut tu. Insya-Allah yang penting semua selamat,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa syukur melihat anak beranak yang berada dalam keadaan selamat.

Sumber: TikTok (@jadthechampion)

Apa Perlu Buat Jika Berdepan Dengan Gajah Di Atas Jalan Raya?

Jabatan Hidupan Liar (PERHILITAN) telah memberikan beberapa panduan yang anda perlu patuhi sekiranya pengguna jalan raya berdepan dengan gajah secara tiba-tiba.

Yang paling penting, jangan mengambil tindakan sesuka hati kerana ia mampu membawa kemudaratan kepada nyawa anda serta pemandu yang lain.

Sumber: Pexels

Antara panduannya adalah:

  • Jangan panik.
  • Berdiam diri.
  • Jangan membunyikan hon.
  • Elak memasang lampu kenderaan yang tinggi.
  • Membiarkan gajah melintasi laluan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
  • Jangan membuat sebarang pergerakan terhadap kenderaan secara mengejut.

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Gajah Liar Di Thailand Tahan Setiap Lori Untuk Ambil Tebu Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Herd Of Elephants Trying To Cross Johor Road Amuses Passersby

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Nyaris Masuk Tasik Gara-Gara Elak Binatang Liar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd