Gajah Betina Mati Terduduk Di Tepi Jalan Buat Netizen Sebak
Gajah betina itu ditemui mati terduduk di Kampung Pinang, Kedah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (15 Februari).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Terdahulu, tular tentang seekor gajah yang menceroboh sebuah bilik simpanan makanan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Sri Banding, Perak.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada masalah pagar elektrik berkenaan yang tidak berfungsi dengan baik.
BACA JUGA: [Video] Gajah Ceroboh Masuk Stor Makanan Kem Tentera Di Ipoh, Perak
Kini, tular lagi satu kejadian melibatkan seekor gajah yang lain apabila dia ditemui mati terduduk di tepi jalan raya.
Bangkai seekor gajah betina itu ditemui oleh seorang penduduk Kampung Pinang, Kedah kira-kira pada jam 7.30 pagi semalam (15 Februari) ketika ingin keluar menoreh getah.
Apabila tiba di tepi jalan, saya lihat gajah itu sudah mati dalam keadaan terduduk dan ada kesan darah serta najisnya. Saya syak gajah itu termakan racun atau baja tanaman kebun.
Penduduk kampung, Shazwan Ismail.
Penduduk kampung itu juga memberitahu bahawa sekumpulan tujuh ekor gajah pernah dilihat beberapa kali di kebun getah mereka sebelum ini dan beranggapan mungkin gajah tersebut sebahagian daripadanya.
Menurut laporan, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah Jamalun Nasir Ibrahim memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.30 pagi semalam.
Susulan itu, pihak PERHILITAN akan menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kematian gajah tersebut.
Ramai netizen sedih
Di media sosial, kebanyakan netizen meluahkan rasa sedih dan sebak apabila mengetahui kematian gajah ini.
Alahai sedih kami tengok gambar gajah tu. Sebak pula. Tak boleh bayangkan perasaan mereka apabila habitat telah dijajah oleh manusia dan terpaksa mencari makanan di tempat lain sehingga kelaparan.
Kalau anda terjumpa mana-mana haiwan berkeliaran di kawasan terbuka, jangan bunuh atau racun mereka. Sebaiknya hubungi Jabatan PERHILITAN di talian 03-9086 6800 (Ibu Pejabat PERHILITAN) atau pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri yang berhampiran.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.