Now Reading
[Video] Gajah Ceroboh Masuk Stor Makanan Kem Tentera Di Ipoh, Perak

[Video] Gajah Ceroboh Masuk Stor Makanan Kem Tentera Di Ipoh, Perak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kem Sri Banding, Perak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, pernah tular video kelibat seekor harimau dilihat di laluan persimpangan Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands.

BACA JUGA: [Watch] Tiger At Main Road: Sighting in Cameron Highlands Causes A Stir, But It’s No Surprise

Mungkin disebabkan banyak aktiviti pembalakan di negeri berkenaan, maka haiwan itu dilihat ‘berjalan-jalan’ ke tempat lain.

Kali ini gajah pula

Baru-baru ini, seekor gajah pula dilihat menceroboh masuk ke sebuah kawasan yang didapati milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketika kejadian, gajah tersebut memasuki bilik simpanan makanan tentera di kem berkenaan dan merosakkan beberapa peralatan melalui tingkap.

Sumber: Berita Harian

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak Yusoff Shariff, kejadian semalam (14 Februari) yang dilaporkan di Kem Sri Banding sebenarnya bukanlah kali pertama berlaku.

Pencerobohan gajah yang pernah berlaku beberapa kali dikatakan mungkin berpunca daripada kerosakan pada pagar elektrik atau pagar tersebut tidak diselenggara dengan baik.

Kejadian yang sama pernah berlaku. Cuma kali ini sempat dirakam dan menjadi viral. Punca gajah kerap boleh ceroboh masuk mungkin kerana masalah pagar elektrik di kem berkenaan yang rosak atau tidak diselenggara dengan baik.

Pengarah PERHILITAN Perak Yusoff Shariff.

Pejabat PERHILITAN Daerah Gerik memaklumkan pihak mereka akan membantu dan memberi nasihat kepada pihak pengurusan kem tersebut untuk kerja membaik pulih.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd