Now Reading
[Video] Tak Dapat Tengok Gajah Di Zoo, Pekerja Shell Happy Gajah Sering ‘Singgah’ Di Stesen

[Video] Tak Dapat Tengok Gajah Di Zoo, Pekerja Shell Happy Gajah Sering ‘Singgah’ Di Stesen

Gajah tu pula nampak sangat tenang, diam dan hanya makan roti yang diberikan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu klip video pendek di TikTok @shellkarakbentong baru-baru ini berjaya meraih perhatian orang ramai di mana ianya menunjukkan pekerja-pekerja di sebuah stesen minyak Shell dilihat gembira memberikan makanan kepada gajah yang ‘singgah’ dengan sebuah lori.

Video tersebut telah dimuat naik pada Selasa, 17 Ogos dengan caption: “Terima kasih Kak Jah singgah dekat kami selalu.”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih lebih 987,900 tontonan dan 79.9 ribu tanda suka.

Video tersebut menunjukkan beberapa pekerja Shell yang dilihat sedang memberikan beberapa keping roti kepada gajah itu.

Gajah tu pula nampak sangat tenang, diam dan hanya makan roti yang diberikan.

@shellkarakbentong

terima kasih kakjah singgah dekat kami selalu 😘 ##gajah ##budakgemok ##fypppppppppppppppppppppp ##shel ##binatangpeliharaan ##binatang ##pakcikshell ##shell

♬ bunyi asal – muhamadzulfatah

Alahai, comel pula tengok.

Netizen excited tengok gajah

Admin pun. 😀

Video tersebut telah berjaya membuatkan netizen excited. Malah, ramai juga yang memberikan komen dengan unsur ‘membahan’ dan gurauan.

Mana tidaknya, dah lama betul tak pergi Zoo tengok gajah.

Kali ni, gajah datang kat kita pula. Cuteness overload!

Bilalah Zoo nak buka ni? Tak sabar pula nak lawat haiwan-haiwan kat sana.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd