Now Reading
“Ini Baru Raya” – Deko Lampu Warna-warni Di Flat Sempena Aidilfitri Buat Orang Ramai Terpegun

“Ini Baru Raya” – Deko Lampu Warna-warni Di Flat Sempena Aidilfitri Buat Orang Ramai Terpegun

Kelihatan lampu raya berwarna-warni dipasang sepanjang 16 tingkat di blok B Flat Kampung Melayu Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila musim raya tiba, mesti ramai di antara golongan masyarakat akan mula mengemas dan menghiasi kediaman masing-masing dengan dekorasi menarik.

Kebiasaannya, anda akan lihat banyak rumah di kawasan taman perumahan dipasang dengan lampu ‘lip-lap’ yang cantik dan cerah.

Di sesetengah tempat pula, ada di antara jiran tetangga yang bersepakat untuk menghiasi kawasan setempat bersama-sama.


Blok Flat Kampung Melayu Dipasang Dengan Lampu LED Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@firdauseusope), menyaksikan pemandangan indah Flat Kampung Melayu di Pulau Pinang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan blok flat tersebut dipasang dengan lampu raya berwarna-warni berbentuk bulan dan bintang serta ketupat.

Lampu berwarna ungu, hijau, merah dan jingga itu bukan sahaja dipasang pada satu tingkat, malah pada setiap 16 tingkat blok B tersebut.

Sumber: Facebook Mok JC

Kalau nak dibandingkan dengan blok sebelah, memang jelas terserlah ‘vibes’ Aidilfitri. Lampu raya yang bersinar itu dalam masa sama telah menerangkan kawasan sekitar flat berkenaan.

Tanpa muafakat dari penduduk setempat, sudah tentu inisiatif dalam memeriahkan blok dengan lampu tersebut tidak berjaya.

Pemandangan lain daripada lain itu telah mencuri tumpuan orang ramai termasuklah pengguna jalan raya yang memandu di kawasan sekitar.

@firdauseusope Kg melayu raya 2k24 #ready #memoriesbringback #onthisday #bahagiakusederhana #thankyou #allah #kgmelayupenang #malaysiamadani #@Sultan Pemurah Salam Bhai @4smawi @Izwan Daniela #raya2024 #rayalainmacam #thisiskgmelayu #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fy ♬ Suasana Hari Raya – JESBON_76

Netizen Terpegun Lihat Lampu Meriah Di Flat Kampung Melayu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat teruja dan terpegun melihat lampu meriah tersebut.

“Baru lintas depan flat ni petang kelmarin, bila malam wow cantik,” ujar kata seorang wanita.

Salah seorang penduduk Blok B berkata jiran setempat di kawasan berkenaan memang sempoi sejak dahulu lagi.

Malah, ramai juga berkata penduduk flat tersebut sering menyambut sebarang perayaan dengan meriah.

“Flat ni kalau sambutan apa pun memang meriah. Masa merdeka pun penuh bendera. Ini kan pula raya, terbaik,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@firdauseusope)

Idea Deko Raya Aidilfitri

Apabila tiba musim raya, sudah pasti anda menjangkakan kehadiran para tetamu yang akan menziarahi rumah. Bahkan, ramai juga di antara kita yang akan menganjurkan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini.

Buat mereka yang bercadang untuk menghiasi rumah masing-masing, di sini kami kongsikan beberapa jenis dekorasi raya. Antaranya:

  • Pelita buluh.
  • Sampul raya.
  • Anyaman ketupat.
  • Booth raya.
  • Lantera lilin.
  • Rantaian lampu ketupat.
  • Kad raya.
Sumber: Pexels/Facebook Xing Mart

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Dekorasi Binaan Lampu Pelita 60 Kaki Di Esplanade KLCC Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Selatan Thailand Rai Hari Raya Dengan Meriah, Pamer Warisan & Budaya Melayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 7 DIY Decor Ideas To Amp Up Your Home This Raya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd