Now Reading
[Foto] Dekorasi Binaan Lampu Pelita 60 Kaki Di Esplanade KLCC Jadi Tumpuan

[Foto] Dekorasi Binaan Lampu Pelita 60 Kaki Di Esplanade KLCC Jadi Tumpuan

Dekorasi megah Suria KLCC kali ini membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di laman ‘Esplanade KLCC’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Suria KLCC tahun ini membawakan kempen Hari Raya yang bakal berlangsung selama 38 hari bermula dari 15 Mac sehingga 21 April bersempena sambutan Aidilfitri.

Dekorasi sambutan perayaan Hari Raya kali ini bakal memukau para pengunjung apabila laman Centre Court ditransformasikan menjadi suasana taman bertemakan keindahan bunga ‘Bougainvillea’ atau lebih dikenali sebagai bunga kertas, pokok palma dan juga pelbagai dedaun serta bunga tropika tempatan.


Rumah Kampung di KLCC & Pelbagai Aktiviti Menarik Tersedia

Berdiri di tengah-tengah ruang hiasan yang gah, tersergam indah sebuah ‘Rumah Kampung’ tradisional dengan tata landskap menggamit nostalgia. Dekorasi lebaran kali ini turut membawakan latar belakang klasik dan sempurna apabila ‘Rumah Kampung’ tersebut turut dilengkapi dengan hiasan anyaman asli seperti bakul, kipas tangan dan dulang.

Pengunjung juga boleh mencuba bermain permainan tradisional seperti ‘Teng Teng’, ‘Batu Seremban’ dan juga ‘Congkak’ sepanjang tempoh kempen Hari Raya.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang merakam detik berharga di sudut ‘photobooth’ yang mana para pengunjung akan menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma.

Kemeriahan berganda dapat dirasakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang bakal berlangsung pada hujung minggu.


Demonstrasi Kraf & Sesi Interaktif

Melalui kerjasama dengan Kraftangan Malaysia, Pihak Suria KLCC membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Interaktif Kraf yang bakal berlangsung di Centre Court dan jualan kraf tempatan di ‘Ramlee Mall’ di aras 1 bermula dari 15 Mac sehingga 7 April.

Seiring dengan komitmen Suria KLCC yang terus memperjuangkan Kesedaran  Kesihatan Mental, para pengunjung yang mengambil bahagian berpeluang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ pada harga RM 10 dan akan menerima pelitup muka batik eksklusif.

Kesemua hasil penjualan akan disalurkan kepada NGO terpilih.


Dekorasi Lampu Pelita Sempena Sambutan Aidilfitri di Esplanade KLCC

Dekorasi megah Suria KLCC kali ini membawakan binaan ‘Lampu Pelita’ setinggi 60 kaki di laman ‘Esplanade KLCC’.

Sumber: Siti Murni/TRP

Binaan ini turut diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records’ pada tahun 2022 sebagai replika ‘Lampu Pelita’ terbesar di Malaysia memaparkan tekstur anyaman berwarna warni pada setiap panel replika tersebut.

Sumber: Siti Murni/TRP

Pengalaman membeli-belah musim perayaan di Suria KLCC turut diperkaya dengan ganjaran menarik di mana jika anda berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April, anda akan menerima e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 serta satu set sampul Hari Raya eksklusif Suria KLCC. 

Selain itu, 50 pembeli pertama membeli e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM1,000 akan menerima tambahan e-Baucar bernilai RM100!

[SURIA KLCC]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd