Now Reading
Suria KLCC Kembali Dengan Replika Pelita Terbesar Di Malaysia & “Rumah Kampung” Untuk Tema Hari Raya Aidilfitri

Suria KLCC Kembali Dengan Replika Pelita Terbesar Di Malaysia & “Rumah Kampung” Untuk Tema Hari Raya Aidilfitri

Pengunjung juga berpeluang untuk mengendalikan wayang kulit disebalik tabir dan menikmati pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Suria KLCC kini mengadakan kempen Hari Raya yang membawa suasana perayaan yang diilhamkan daripada perkampungan nelayan di Pantai Timur kepada pengunjung.

Kempen ini akan bermula pada 24 Mac hingga 1 Mei 2023 sempena sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023. Reka bentuk “Rumah Kampung” tradisional akan menjadi tumpuan di laman “Centre Court” yang merupakan pusat perayaan di Suria KLCC.

Pelbagai dekorasi akan memberikan pengunjung kenangan silam dan suasana kampung yang selesa seperti tata landskap jendela gah dan replika pokok kelapa.

Aktiviti interaktif seperti “Wayang Kulit” dan permainan tradisional kanak-kanak seperti teng teng, permainan gasing dan congkak juga boleh didapati di laman “Centre Court”.

Pengunjung berpeluang mengendalikan wayang kulit di sebalik tabir dan menikmati pengalaman bercerita melalui seni penceritaan tradisional masyarakat Melayu.

Muzik Raya juga akan mengalun di sekitar perkarangan pusat membeli-belah bagi menyemarakkan suasana sambutan Hari Raya.

Pengunjung turut berpeluang menari bersama dalam persembahan tarian tradisional di laman “Centre Court” dan “Ramlee Mall” sepanjang kempen perayaan.

Terdapat kiosk foto untuk pengunjung mengambil gambar bersama yang tersayang dan mereka akan menerima cetakan gambar percuma berserta salinan digital sebagai kenangan semasa membeli-belah di Suria KLCC.


Replika Pelita Terbesar Di Malaysia

Replika pelita terbesar di Malaysia yang setinggi 50 kaki juga telah membuat penampilan di laman “Esplanade KLCC”.

Untuk rekod, replika pelita ini berjaya memasuki Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.

Sebagai destinasi utama dan terkemuka untuk membeli-belah di Kuala Lumpur, kempen ini merupakan pendekatan kami untuk membawa tradisi dan norma masyarakat Melayu untuk dipertontonkan buat pengunjung Suria KLCC yang majmuk dan berbilang bangsa yang bukan sahaja terdiri dalam Malaysia malahan dari serantau dunia pada setiap tahun setibanya Ramadan dan Hari Raya. Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

Ganjaran Membeli-belah Di Suria KLCC

Seperti biasa, pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan lebih istimewa dengan tawaran ganjaran dan penjimatan sempena Hari Raya!

Mulai dari 30 Mac hingga 24 April, para pengunjung yang membeli-belah dengan nilai RM1,000 melalui dua resit daripada kedai terpilih akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC e-Vouchers) bernilai RM100 dan satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC.

E-baucar tersebut boleh ditebus sepanjang kempen Hari Raya berlangsung.

Bukan itu sahaja, bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, 100 pembeli teratas yang membeli baucar-e Suria KLCC bernilai RM1000 semasa kempen perayaan ini akan menerima baucar-e tambahan bernilai RM100.

Sepanjang bulan Ramadan, kakitangan perkhidmatan pelanggan di kaunter “Concierge” akan memberikan kurma kepada pelawat sebagai persediaan untuk berbuka puasa.

Melalui inisiatif program kesedaran kesihatan mental yang berterusan, Suria KLCC akan menyumbangkan hasil jualan “Suria Ribbon Pin” kepada organisasi bukan kerajaan atau pusat yang memberikan perkhidmatan kesihatan mental.

Pin ini dijual di kaunter “Concierge” dengan harga RM10 setiap satu.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd