Pelajar Malaysia Dapat 4 Tawaran Universiti Bertaraf Ivy League
Antara tawaran universiti dari institusi pengajian Ivy League yang diterima oleh Matthew Tang adalah Yale University dan Cornell University.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pelajar pastinya mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajian peringkat lebih tinggi di universiti impian mereka, sama ada dalam atau luar negara.
Malaysia sebelum ini juga pernah mencatatkan berita yang sangat menggembirakan apabila beberapa pelajar terpilih untuk memasuki Harvard College, sekolah pra-universiti Harvard University, untuk kelas tahun 2027.
Malah ramai juga pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk memasuki Harvard College, sekolah pra-universiti Harvard University dengan rekod tertinggi kemasukan pada tahun 2022 iaitu seramai enam orang.
Baca Artikel Berkaitan: Pecah Rekod! 6 Pelajar Malaysia Diterima Masuk Harvard
Baca Artikel Berkaitan: 3 Pelajar Malaysia Bakal Bergelar Siswa Di Harvard College
Perasaan gembira dan teruja sudah pasti menyelebungi diri mereka sama seperti pencapaian yang dikecapi oleh seorang lelaki berusia 18 tahun baru-baru ini.
Pelajar Terima Tawaran 4 Universiti Berbeza Di Bawah Ivy League
Memetik laporan The Star, seorang pelajar lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Matthew Tang telah diberikan tawaran sebanyak empat pilihan universiti di Amerika Syarikat.
Lebih mengejutkan lagi apabila kesemua universiti tersebut adalah di bawah institusi Ivy League yang umum diketahui mempunyai persaingan sangat sengit untuk dipilih sebagai pelajar di sana.
Empat universiti tersebut adalah:
- Yale University
- Columbia University
- Cornell University
- University of Pennsylvania
Selain itu, dia juga menerima beberapa tawaran di univeriti terkemuka di dunia seperti:
- University of California
- University of Berkeley
- Imperial College London, United Kingdom.
Matthew yang melanjutkan pendidikan di peringkat A-Level di Charterhouse Malaysia dengan biasiswa penuh mengetahui tentang tawaran yang diterimanya itu pada 28 Mac lalu.
Saya rasa saya bersyukur. Saya cuma harapkan untuk dapat satu sahaja tawaran ke universiti Ivy League kerana tahu betapa sengitnya persaingannya, ditambah pula dengan jumlah pengambilan yang semakin terhad.
Matthew Tang.
Nasihat Untuk Pelajar Yang Mahu Menyambung Pengajian Di Ivy League
Matthew juga sempat berkongsi tips untuk mereka yang menyasarkan Ivy League sebagai institusi untuk menyambung pengajian.
Tips tersebut adalah dengan bertanya tiga soalan kepada diri sendiri. Soalannya adalah:
- Apa cita-cita anda?
- Apa yang ingin dicapai?
- Apa impak yang anda mahu wujudkan di dunia?
Jelasnya lagi, Ivy League bukan sahaja mencari pelajar cemerlang dari segi akademik, tetapi termasuklah mereka yang mempunyai visi yang jelas tentang masa hadapan serta mahu berbakti kepada masyarakat.
Perjalanan ke Ivy League bermula dengan proses refleksi diri. Soalan-soalan ini akan memaksa anda untuk melihat dengan lebih jauh tentang minat dan tujuan kehidupan masing-masing.
Matthew Tang.
Dalam kesempatan itu, Matthew memberi nasihat agar pelajar-pelajar yang lain dapat menonjolkan kebolehan diri dengan baik semasa membuat permohonan.
Pelajar-pelajar Malaysia Yang Terima Tawaran Dari Universiti Terkemuka Dunia
Pada tahun 2023, tiga orang pelajar Malaysia yang telah terpilih ke Harvard College ialah Ho Shu Xin dari Ipoh, dan Pua E Rick dan Sydny Lum dari Kuala Lumpur.
Enam orang pelajar pada tahun 2022 pula ialah Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Chooi Je Qin (Johor), Carisma Michaela Wong (Sabah) dan Lee Ee Jenn (Kuala Lumpur) dan Alyssa Yap Xin Yi (Sarawak).
Bagi tahun 2021 pula, seramai dua orang pelajar iaitu Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi bagi pengambilan tahun 2025.
Baca Artikel Berkaitan: Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.