Now Reading
Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Menulis Haiku Di Argentina. Power!

Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Menulis Haiku Di Argentina. Power!

Gadis 17 tahun yang menjuarai Pertandingan Menulis Puisi Haiku anjuran Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina ini merupakan pelajar Kolej Vokasional Keningau di Sabah.

Pelajar Malaysia Juara Pertandingan Menulis Haiku Di Argentina. Power!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, seorang gadis telah membuktikan bahawa pelajar Malaysia juga mampu berdiri setanding dengan pelajar-pelajar antarabangsa yang lain.

Gadis bernama Siti Nur Hanisah Omar Hashim yang berusia 17 tahun ini telah menjulang nama Malaysia di peringkat antarabangsa selepas dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni ‘Argentine Gathering’ yang dianjurkan oleh Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina.

Untuk pengetahuan anda, gadis yang lebih dikenali sebagai Hanisah ini merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau di Sabah.

Memetik laporan Sabah Media, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin berkata Hanisah menjadikan ibu bapa dan suasana sekolah sebagai sumber inspirasi buatnya di sebalik 10 puisi haiku yang dipersembahkan.

Siti Nur Hanisah Omar Hashim (Sumber: Dr Sirhajwan Idek).

Kejayaan yang dikecapi oleh Hanisah ini memang berbaloi selepas dia beberapa kali menyertai bengkel menulis haiku anjuran sekolahnya dengan dipantau oleh jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat.

Berlatih bukan bersemuka ya, tetapi menggunakan aplikasi Google Meet je. Inilah yang dikatakan bila ada kemahuaan, di situ ada jalan.

Beliau dan warga kolej turut mengucapkan tahniah buat Hanisah atas kejayaannya menjuarai pertandingan tersebut.

Dengan kejayaan ini, saya berharap pelajar lain juga akan terus menghasilkan karya seni yang mampu meningkatkan kemampuan mereka untuk memelihara warisan budaya, menguasai bahasa Inggeris serta mengasah bakat dalam bidang persembahan, penulisan dan visual.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Johari @ Jaibet Sabin.

Berikut adalah video di mana Hanisah mempersembahkan puisi haiku yang dihasilkan olehnya.

Puisi Haiku

Haiku merupakan puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri dan sedikit berbeza.

Puisi ini terdiri daripada tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik seperti berikut:

  • Lima suku kata bagi ayat pertama.
  • Tujuh suku kata bagi ayat kedua.
  • Lima suku kata bagi ayat terakhir.

Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar puisi tersebut.

Puisi haiku dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun yang kebiasaannya dihasilkan bertemakan alam semulajadi.

BACA JUGA: [Foto] Gadis Bangsa Cina Fasih Dialek Kelantan Kini Hiasi Papan UTHM

BACA JUGA: Nazirah Ashari Salah Seorang Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Women To Watch 2022

BACA JUGA: 2 Wanita Malaysia Tersenarai Dalam Forbes 50 Over 50 : Asia 2022. Tahniah!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd