Now Reading
Netizen Berang Ceddy Dilabel ‘Pemalas’ Gara-gara Guna Aplikasi Untuk Semak Waktu Azan

Netizen Berang Ceddy Dilabel ‘Pemalas’ Gara-gara Guna Aplikasi Untuk Semak Waktu Azan

Seorang wanita menyifatkan tindakan Ceddy yang merujuk sebuah aplikasi untuk menentukan waktu azan adalah ‘melebih-lebih’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut sahaja Ceddy, pasti ramai di antara anda mengenali food blogger yang terkenal di platform media sosial itu.

Kalau anda nak tahu, content creator tersebut telah mencuri perhatian ramai pada tahun lalu kerana berjaya puasa buat kali pertama bersama umat beragama Islam yang lain.

Oleh kerana pengalaman yang seronok semasa bulan Ramadan dahulu, Ceddy atau nama sebenar Ceddy Ang tidak melepaskan peluang untuk berpuasa sekali lagi pada tahun ini.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma


Ceddy Guna Aplikasi Untuk Periksa Waktu Azan

Sebelum ini, Ceddy menerusi hantaran di laman X (Twitter @CeddyOrNot) telah berkongsi tentang aplikasi Qalby yang digunakan olehnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Jelasnya, aplikasi itu membantu dalam memberikan notifikasi tentang waktu azan lebih-lebih waktu Maghrib untuk tujuan berbuka puasa. Tambah Ceddy lagi, aplikasi tersebut sangat memudahkan urusannya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: UstazUstazah.com/Pexels

Wanita Kritik Ceddy Gara-gara Rujuk Waktu Azan Guna Aplikasi

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Ceddy kerana bergantung kepada kebolehan aplikasi dalam menentukan waktu azan.

Seorang wanita (@haekizl) menerusi satu ciapan berkata tindakan influencer itu dalam menggunakan aplikasi adalah ‘melebih-lebih’ dan membuang masa walhal Ceddy boleh sahaja merujuk pihak yang lebih sahih.

Inilah yang saya panggil berlebihan. Aplikasi yang tidak diperlukan untuk apa-apa. Kami ada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang mengeluarkan jadual Imsak dan berbuka setiap tahun.

Haekizl

Wanita berkenaan dalam masa sama berkata waktu azan untuk lima waktu berbeza adalah mudah untuk diingati.

“Apa entah yang susah sangat nak ingat waktu solat. Literally 6 (Subuh), 1.30 (Zohor), 4.30 (Asar), 7.30 (Maghrib) dan 8 (Isyak). Set je lah alarm dekat telefon tu. Pemalas betul,” kata wanita tersebut.


Ceddy Kecewa Terima Kritikan Hanya Kerana Guna Sebuah Aplikasi

Cakna dengan maklum balas yang diterima tersebut, Ceddy berkata ia satu perkara yang pelik apabila seseorang memanggil dirinya sebagai ‘pemalas’ hanya kerana menggunakan rujukan lain untuk memeriksa waktu azan.

Food blogger berkenaan turut menjelaskan bahawa aplikasi yang digunakan bukan sahaja disertakan dengan waktu azan, malah ia juga berguna sekiranya seseorang itu mahu membaca al-Quran secara digital dan juga hadis.

Influencer tersebut turut mempersoalkan kenyataan wanita itu kerana beranggapan para Muslim harus menitik beratkan soal waktu azan.


Netizen Kecam Kenyataan Wanita Yang Mengkritik Tindakan Ceddy

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat membidas kenyataan dikeluarkan oleh wanita tersebut dan berkata orang ramai sepatutnya bersyukur kerana memiliki pelbagai alternatif lain yang lebih mudah.

“Sepatutnya kita menyambut dan meraikan pelbagai inovasi yang dibuat untuk memudahkan urusan harian umat Islam. Dulu pakai kalendar printed, sekarang boleh pakai aplikasi,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berkata bahawa penggunaan sebarang aplikasi memudahkan individu yang bekerja untuk mengetahui waktu solat.

“Apps membantu orang yang bekerja untuk solat pada waktunya apabila mereka tidak mampu ke masjid atau surau berdekatan. Terutamanya mereka yang kena bekerja overtime, on call atau ada hal kecemasan,” jelas seorang pengguna laman X.

Dalam pada itu, ramai juga yang mempertikaikan kenyataan wanita tersebut mengenai waktu solat yang kurang tepat.

“Kawasan berbeza terdiri dengan waktu Maghrib yang berbeza. Plus, timing pun berubah. Kalau waktu berpuasa, kena ikut waktu Maghrib yang betul. Jangan ajar ajaran sesat dekat orang,” jelas seorang netizen.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Prima Saujana Kajang Laung Azan Maghrib Awal Tampil Mohon Maaf, Seru Penduduk Ganti Puasa

Baca Artikel Berkaitan: Should You Follow The TV, Radio, Mobile Apps Or The Masjid’s “Azan” To “Buka Puasa”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd