Now Reading
Masjid Prima Saujana Kajang Laung Azan Maghrib Awal Tampil Mohon Maaf, Seru Penduduk Ganti Puasa

Masjid Prima Saujana Kajang Laung Azan Maghrib Awal Tampil Mohon Maaf, Seru Penduduk Ganti Puasa

Menurut Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, pihaknya sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masjid Prima Saujana Kajang terkhilaf selepas melaungkan azan maghrib empat minit lebih awal daripada waktu sebenar berikutan masalah teknikal pada Sabtu lalu (30 Mac).

Susulan itu, Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, pengurusan masjid memohon maaf kepada jemaah yang terjejas ibadah puasa mereka pada hari tersebut.

Perlu ganti semula puasa

Menurutnya lagi, jemaah-jemaah berkenaan yang berbuka puasa berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid terbabit juga perlu menggantikan semula puasa mereka.

“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan semalam (31 Mac) dipetik Kosmo.

Bagaimanapun, semakan kami di laman Facebook Masjid Prima Saujana Kajang mendapati tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu yang dimuat naik untuk pengetahuan umum.

Waktu diharamkan puasa atau ganti puasa

Umat Islam yang tidak berpuasa ketika Ramadan atau puasanya terbatal wajib mengganti ibadah itu pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Pun begitu, terdapat beberapa hari yang diharamkan untuk berpuasa mahupun menqada’ puasa bagi umat Islam.

Berikut hari yang diharamkan berpuasa menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW.”

  • Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud:

“Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.”

  • Hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud:

“Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT.”

  • Hari haid dan nifas.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd