Now Reading
[Video] Nak Badan Fit? Ikuti Rutin & Pemakanan Khairul Aming Di Bulan Ramadan Ini

[Video] Nak Badan Fit? Ikuti Rutin & Pemakanan Khairul Aming Di Bulan Ramadan Ini

Antara jenis pemakanan yang diambil oleh Khairul Aming ketika bersahur adalah zat protein iaitu ayam bakar bersama dua biji telur mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, influencer makanan, Khairul Aming amat terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana video resepi masakannya yang ringkas dan mudah untuk diikuti.

Walaupun sering memasak juadah menarik untuk dikongsikan kepada orang ramai, namun ia tidak menjadi penghalang buat content creator ini untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk mengurangkan berat badannya.

Seperti sebelum ini, dia telah berkongsi perjalanan yang dilaluinya sepanjang tahun 2023 bagi mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hilang 20KG” – Perjalanan Rutin Diet Khairul Aming Jadi Inspirasi Orang Ramai


Rutin & Pemakanan Khairul Aming Di Bulan Ramadan

Khas sempena Ramadan, Khairul Aming sekali lagi berkongsi rutinnya sepanjang bulan ini termasuklah aktviti fizikal serta jenis pemakanan diambil sewaktu berbuka puasa dan sahur.

#1. Sahur

Bermula dengan sahur, influencer itu mengambil jenis makanan yang tinggi dengan zat protein iaitu ayam bakar dimasak dalam air fryer dan dua biji telur mata.

Walaupun kurang selera makan, namun dia tetap mencuba untuk menghabiskan juadahnya bagi mendapat tenaga yang diperlukan untuk berpuasa.

Selain itu, dia juga mengambil dua gelas air untuk mengelakkan diri dari dehidrasi.

Sumber: TikTok (@khairulaming)
#2. Aktiviti Fizikal

Menjelang waktu petang pula, Khairul Aming akan melakukan beberapa senaman ringan dan work out di gym sekitar jam 3.30 petang.

Jelasnya, dia akan bersenam pada setiap hari dan mengambil cuti selama sehari pada hujung minggu agar tubuh badannya dapat berehat.

Sebab itulah pentingnya ambil sahur sebab kita perlukan tenaga. Tak nak la pergi gym nanti badan jadi lembik. So kita exercise selagi yang boleh.

Khairul Aming.
Sumber: TikTok (@khairulaming)
#3. Berbuka Puasa

Tiba masanya untuk berbuka puasa, content creator berkenaan akan iftar dengan buah kurma iaitu sunnah Rasulullah SAW diikuti dengan minuman teh o ais limau tanpa gula.

Bukan itu sahaja, untuk hidangan utama pula dia akan makan sebarang lauk berasaskan protein yang telah dibakar.

Menerusi video dikongsi, Khairul Aming telah memilih sotong bakar untuk juadah berbuka termasuklah sedikit nasi putih bersama ulam-ulaman.

Ada juga hari di mana dia menukar menu berbuka iaitu makan nasi putih dengan lauk-lauk kampung mengikut seleranya pada hari tersebut. Cara ini adalah bagus untuk mengelakkan anda berasa bosan dengan menu sama pada setiap hari.

Sumber: TikTok (@khairulaming)
#4. Moreh

Untuk moreh pula, dia akan menambahkan fiber dalam pemakanannya dengan mengambil buah-buahan dan protein shake. Protein shake tersebut akan diambil pada tengah malam.

Tambah Khairul Aming, bukanlah semua makanan yang dimasak untuk video resepi dimakan olehnya. Sebaliknya, dia akan memberikan juadah sedia dimasak kepada rakan-rakan yang lain.

Sumber: TikTok (@khairulaming)

Namun tidak dinafikan, pasti ada masa di mana nafsu tergugat untuk merasai makanan unik di bazar Ramadan. Jika perkara tersebut terjadi, Khairul Aming akan membeli beberapa menu di bazar untuk memenuhi keinginan seperti minuman manis, kuih-muih dan banyak lagi.

Di akhir perkongsian itu, Khairul Aming berkata mengawal portion pemakanan adalah paling penting sepanjang bulan ini dan teruskan melakukan senaman semampu boleh.

Diharapkan dengan rutin sebegitu, anda akan dapat badan yang fit dan cantik semasa hari pertama raya nanti. Buat mereka yang berminat, selamat mencuba!

@khairulaming Masak sedap-sedap tapi portion makan kena jaga. Barulah fit di pagi syawal nanti hehe 🤣🤣 Selamat berpuasa guys! #KongsiSelera #KongsiBersama #IftarwithKhairulaming ♬ original sound – Khairulaming

Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Pada Bulan Ramadan

Selain ingin kekal sihat dan bertenaga, ada juga individu yang mahu mencapai matlamat bagi menurunkan berat badan semasa berpuasa di bulan Ramadan.

Yes, ini adalah masa yang paling sesuai. Nak kurus sekalipun, biarlah kekal sihat dan bukan dengan cara mengikat perut.

Sumber: Pexels

Antara tips yang boleh dilakukan adalah:

  • Mengehadkan jumlah kalori yang diambil ketika berbuka puasa atau bersahur.
  • Mengurangkan pengambilan makanan berkuah.
  • Melakukan senaman ringan.
  • Mengambil minuman detoks.
  • Mengambil susu kurma ketika waktu sahur.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bersenam Ketika Bulan Puasa? Ini 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd