Now Reading
Topik Kantin Sekolah Dibuka Bulan Ramadan Jadi Perdebatan Hangat Di Media Sosial

Topik Kantin Sekolah Dibuka Bulan Ramadan Jadi Perdebatan Hangat Di Media Sosial

Individu berkenaan mendakwa bahawa kantin sekolah ketika tahun-tahun sebelum ini ditutup ketika bulan Ramadan sebagai tanda hormat kepada murid beragama Islam yang sedang berpuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa sepanjang waktu siang iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Tetapi bagi kanak-kanak yang masih kecil, mereka dibolehkan untuk tidak berpuasa kerana belum mencapai akil baligh serta bimbang jika tidak mampu untuk menunaikan ibadah ini.

Tidak salah sekiranya ada ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka berpuasa sejak dari kecil, tetapi janganlah sehingga memaksa mereka dengan menggunakan kekerasan.


Kantin Sekolah Dibuka Ketika Ramadan Undang Reaksi Dari Netizen

Ketika hari kedua sesi persekolahan yang juga merupakan hari pertama berpuasa, sesetengah sekolah dikatakan tidak menutup kantin mereka untuk membolehkan kanak-kanak bukan beragama Islam makan dan minum semasa waktu rehat.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mendapat reaksi kurang senang dari seorang netizen di Facebook selepas kenyataanya itu dimuat naik semula di laman X (@ybperpaduan).

Individu berkenaan mendakwa bahawa kantin sekolah ketika tahun-tahun sebelum ini ditutup ketika bulan Ramadan sebagai tanda hormat kepada murid beragama Islam yang sedang berpuasa.

Namun sebaliknya pula yang dikatakan berlaku sewaktu Malaysia diperintah oleh kerajaan baharu apabila kantin sekolah dibuka untuk murid bukan beragama Islam.


Netizen Pertikai Tindakan Netizen Kritik Pihak Kantin Sekolah

Isu kantin sekolah dibuka ketika bulan Ramadan itu juga mendapat perhatian netizen yang lain apabila kebanyakan daripada mereka pula mengkritik kenyataan individu tersebut.

Rata-rata netizen berpendapat operasi kantin sekolah yang dibuka seperti biasa ketika bulan Ramadan bukanlah satu kesalahan kerana bukan semua murid beragama Islam berpuasa terutamanya yang masih berlatih.

“Kantin sekolah rendah kot. Buka je lah. Tak payah lah paksa budak-budak nak berpuasa kalau tak larat,” tegas netizen.

Netizen turut mempertikaikan kenyataan yang mengatakan bahawa kantin ketika zaman dahulu ditutup ketika bulan puasa.

“Dulu aku sekolah elok je buka, tak ada isu pun,” ujar netizen.

Malah ada juga netizen yang berpendapat bahawa lebih baik menekankan anak kecil untuk belajar solat terlebih dahulu sebelum berpuasa.

“Kesilapan yang masih diulang oleh ibu bapa orang kita daripada dulu. Wajib ajar anak solat dahulu baru ajar puasa,” kata netizen.

Sumber: X

Menteri Pendidikan Beri Respon Tentang Isu Ini

Berikutan isu ini yang hangat diperkatakan di media sosial, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

Memetik laporan Astro Awani, Fadhlina memaklumkan bahawa pihak penguursan sekolah akan tetap meneruskan operasi kantin mereka seperti biasa ketika bulan Ramadan.

Sumber: MalayMail

Pada masa yang sama, murid-murid bukan beragama Islam juga akan diterapkan dengan nilai untuk menghormati masyarakat lain.

Saya sudah ulangi bahawa, pertama, kantin mesti dibuka. Dan kedua, mesti ada dari segi pendidikan yang berkaitan dengan kesedaran dan hormat, khususnya di sekolah-sekolah yang mempunyai murid bukan Islam. Jadi, proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati antara satu sama lain itu sangat penting.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Fadhlina juga yakin bahawa para guru mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk menguruskan perkara ini dengan baik.


Bila Sebenarnya Waktu Yang Sesuai Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa?

Menurut sumber Malaysia Medical Gazette, seorang doktor kesihatan iaitu Dr Mohd Aizudin Abd Rahman menyatakan tiada had umur khusus yang ditetapkan untuk kanak-kanak mula berpuasa.

Sumber gambar: Morinaga Platinum/ MySihat

Namun, pakar perubatan mencadangkan usia 7 tahun sebagai waktu yang sesuai untuk si kecil mula berpuasa secara berperingkat.

Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ pula berkata:

“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia 7 tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”

Dalam proses anak-anak mahu belajar berpuasa, ibu bapa perlulah memantau kemampuan mereka supaya tidak memudaratkan kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Doa Tiap Malam & 6 Lagi Nasihat Berguna Ibu Ayah Perlu Kongsi Kepada Anak Sebelum Ramadan Berakhir


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd