Now Reading
Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Pendekatan psikologi boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak kecil anda berpuasa ketika bulan Ramadan.

Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, umat Islam perlu untuk berpuasa ketika bulan Ramadan tetapi kanak-kanak yang masih kecil tidak diwajibkan kerana bimbang mereka masih belum mampu untuk menunaikan ibadah tersebut.

Tidak salah sekiranya ada ibu bapa yang mahu mengajar anak mereka berpuasa sejak dari kecil, tetapi janganlah sehingga memaksa mereka dengan menggunakan kekerasan.

Nak ajar anak-anak kecil berpuasa, ada caranya tersendiri dengan menggunakan pendekatan psikologi seperti yang dikongsikan oleh seorang Pakar Psikologi Keibubapaan, Puan Saleha Idris.

Antara tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak kecil mereka berpuasa di bulan Ramadan adalah:

1. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Beri Penjelasan Tentang Apa Itu Bulan Ramadan

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Sumber: Yayasan Amal Malaysia

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memberi pendidikan awal kepada anak-anak tentang bulan Ramadan. Terangkan kepada mereka bahawa jadual pemakanan harian ketika bulan tersebut akan berubah dan mengapa amalan ini perlu dilakukan.

Dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih memahami hikmah di sebalik amalan berpuasa yang cuba dipraktikkan oleh mereka.

2. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Cuba Kejut Mereka Untuk Bersahur

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Sumber: Odua Images

Walaupun mata mereka akan terkebil-kebil kerana masih mengantuk di awal pagi, cuba untuk berborak dan menjelaskan kenapa perlu untuk bersahur di awal pagi. Pada masa yang sama, beritahu juga kepada mereka kebaikan bersahur ketika berpuasa adalah untuk memberikan tenaga serta mendapat keberkatan.

3. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Ibu Bapa Perlu Jadi ‘Role Model’ Untuk Anak

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Sumber: Kumparan

Pepatah “Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi” itu menunjukkan bahawa sikap ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak mereka. Jadi, contoh yang baik seharusnya ditunjukkan kepada mereka.

Antara amalan yang boleh dibuat bersama antara ibu bapa dan anak-anak ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah seperti membaca al-Quran dan berzikir.

Percayalah dengan cara ini, anak-anak akan mula terbiasa dengan amalan yang diikuti dan tidak kekok untuk mengamalkannya.

4. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Sumber: KlikDokter

Sebagai ibu bapa, sangat penting untuk menyediakan makanan bernutrisi tinggi bagi memberikan tenaga kepada anak-anak kecil yang sedang belajar berpuasa. Boleh juga mengajar mereka tentang hidangan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti buah kurma.

Kuantiti makanan sedikit tak apa, yang penting mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan.

5. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Tidur Awal

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Sumber: Suara.com

Tidur awal sangat penting bagi memastikan anak kecil kita dapat bangun untuk bersahur bersama-sama di awal pagi. Kalau boleh selepas moreh ketika selesai menunaikan Solat Sunat Terawih, ajar mereka untuk terus tidur.

Tips supaya anak-anak anda mudah untuk tidur adalah dengan memberikan mereka minuman susu atau pisang.

6. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Kurangkan Masa Mereka Untuk Bermain

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Sumber: Cussons Kids Indonesia

Apabila anak-anak anda kerap bermain, banyak tenaga akan digunakan dan menyebabkan mereka lebih cepat dahaga serta kelaparan. Tapi kalau mereka nak bermain juga, dibolehkan tetapi biarlah untuk tempoh sekejap sahaja.

Selebihnya, biarkan mereka berehat di rumah dan melakukan aktiviti santai sahaja seperti membaca buku, mewarna dan sebagainya.

7. Tips Ajar Anak Kecil Berpuasa: Memberi Ganjaran Setiap Kali Selesai Berpuasa

7 Tips Untuk Ibu Bapa Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Ganjaran yang diberikan kepada anak-anak kecil anda boleh jadi dalam bentuk intrinsik atau ekstrinsik.

Intrinsik bermaksud ‘hadiah’ dari segi kata-kata positif, pujian dan penghargaan kepada mereka kerana berjaya menunaikan ibadah berpuasa. Ganjaran ekstrinsik pula lebih kepada berbentuk fizikal seperti wang tunai, masakan kegemaran dan lain-lain.


Kepada ibu bapa yang mahu mula mengajar anak-anak mereka berpuasa di bulan Ramadan pada kali ini, bolehlah cuba tips yang dikongsikan. Kalau mereka dapat berpuasa separuh hari pun sudah memadai.

Semoga bermanfaat! 😊

BACA JUGA: Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang

BACA JUGA: Minum Air Banyak Ketika Sahur Tapi Kerap Buang Air Kecil? Ini Sebabnya!

BACA JUGA: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd