Now Reading
Doa Tiap Malam & 6 Lagi Nasihat Berguna Ibu Ayah Perlu Kongsi Kepada Anak Sebelum Ramadan Berakhir

Doa Tiap Malam & 6 Lagi Nasihat Berguna Ibu Ayah Perlu Kongsi Kepada Anak Sebelum Ramadan Berakhir

Ibu bapa perlu memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak supaya mereka lebih berasa motivasi untuk meneruskan ibadah yang diamalkan di bulan Ramadan.

nasihat ibu bapa tentang bulan ramadan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain mengajar anak-anak untuk melaksanakan solat fardu, ibu bapa juga digalakkan memberi pendidikan tentang ibadah berpuasa yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.

Pendidikan tentang bulan Ramadan ini tidak semestinya dilakukan dengan cara memaksa mereka untuk menahan lapar seharian. Sebaliknya, pengajaran menggunakan pendekatan psikologi itu lebih penting.

Biar mereka faham dahulu tentang kenapa perlu berpuasa dan kelebihan ibadah tersebut.


7 Nasihat Untuk Diberikan Kepada Anak Kecil Sebelum Bulan Ramadan Berakhir

Berdasarkan ciapan dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan), beliau berkongsi beberapa nasihat yang boleh diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak bagi memberi pemahaman tentang bulan Ramadan.

Antara nasihat yang dikongsikan adalah:

1. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Sumber: Zony Cyber

Umum sedia maklum, bulan Ramadan menyimpan satu malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberitahu kepada anak-anak tentang keistimewaan Lailatul Qadar di mana ia adalah lebih baik daripada 1,000 malam.

Malah, ibadah yang dilakukan selama satu jam pada malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 83 tahun ibadah.

BACA JUGA: “Lebih Baik Dari 1,000 Malam” – Kelebihan Malam Lailatul Qadar Menurut Islam & Tanda-tandanya

2. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Menanam Rasa Bersyukur Dengan Nikmat Yang Dimiliki

Sumber: Twitter @DoktorSamhan/ Pa & Ma

Bulan Ramadan menjadi tempoh yang sangat sesuai untuk memberi pengajaran tentang rasa syukur atas segala nikmat yang dimiliki.

Apabila anak-anak diajar untuk menahan lapar ketika berpuasa, secara langsung mereka dapat memahami kehidupan golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki makanan serta minuman.

3. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

Sumber: Twitter @DoktorSamhan

Zakat Fitrah adalah satu kewajipan ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan serta telah memenuhi syarat ditetapkan ketika berada di dalam bulan Ramadan.

Sebagai ibu bapa, anda perlu melibatkan anak-anak dalam proses menunaikan Zakat Fitrah bagi memberi mereka pemahaman tentang konsep kewajipan ini yang berbentuk sedekah kepada golongan fakir miskin.

Dengan cara tersebut, mereka dapat mempelajari kepentingan untuk membantu orang lain dan berkongsi nikmat yang dimiliki.

BACA JUGA: Ini 6 Jenis Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah Secara Online

BACA JUGA: Nak Bayar Zakat ‘Atas Langit’? Boleh!

4. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Galakan Anak Berdoa Pada Setiap Malam Ramadan

Sumber: CNN Indonesia

Ramadan merupakan bulan yang istimewa di mana Allah SWT akan membuka segala pintu pengampunan kepada hamba-Nya yang ingin berdoa dan bertaubat.

Jadi, kita sebagai umat Islam tidak boleh melepaskan peluang ini dan perlu perbanyakkan berdoa.

Ibu bapa juga boleh meminta anak-anak mengamalkan ibadah berdoa pada setiap malam terutamanya ketika 10 malam Ramadan yang terakhir.

Antara doa yang boleh diamalkan adalah:

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni’

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.”

BACA JUGA: Ingin Kejar Malam Lailatul Qadar? Ini Antara Doa-doa Yang Boleh Dibaca Sepanjang 10 Malam Terakhir Ramadan

5. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Tekankan Tentang Kepentingan al-Quran

Sumber: News Detik

Amalan membaca kitab suci al-Quran juga digalakkan ketika bulan Ramadan. Ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak untuk terus mengamalkan ibadah membaca al-Quran dalam kehidupan seharian mereka walaupun selepas berakhirnya bulan Ramadan.

BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

6. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Raikan Pencapaian Mereka

Sumber: Suara.com

Bagi memberi galakan kepada anak-anak, ibu bapa perlu meraikan usaha mereka sepanjang bulan Ramadan. Beri pujian dan sokongan untuk mereka menghabiskan beberapa hari lagi baki di bulan Ramadan dengan amal ibadah.

Dengan galakan yang diberikan, anak-anak juga akan rasa lebih bermotivasi untuk melakukan perkara yang sama pada bulan Ramadan seterusnya.

7. Nasihat Kepada Anak Tentang Bulan Ramadan: Anak Sebagai Bekalan Ibu Bapa Di Akhirat

Sumber: nunn.asia

Beritahu kepada anak-anak bahawa ibu bapa mereka tidak akan selamanya berada di sisi kerana ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT.

Dalam pada itu, jelaskan juga kepada mereka bahawa anak-anak merupakan bekalan terbaik untuk ibu bapa apabila di akhirat kelak.

Oleh itu, anak-anak perlulah perbanyakkan amal ibadah dan sentiasa mendoakan ibu bapa mereka selepas meninggal dunia.


Cara-cara Untuk Melatih Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Berdasarkan perkongsian oleh seorang Pakar Psikologi Keibubapaan, Puan Saleha Idris, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengajar anak-anak kecil mula berpuasa di bulan Ramadan.

Antaranya:

  • Memberi penjelasan tentang apa itu bulan Ramadan.
  • Cuba kejut mereka untuk bangun bersahur.
  • Ibu bapa perlu menjadi ‘role model’ terbaik untuk anak-anak.
  • Menyediakan juadah yang berkhasiat untuk memberikan tenaga sepanjang berpuasa.
  • Tidur awal.
  • Mengurangkan masa untuk anak-anak keluar bermain bagi mengurangkan penggunaan tenaga di siang hari.
  • Memberi ganjaran setiap kali selesai berpuasa

Kepada ibu bapa yang mahu mula mengajar anak-anak mereka berpuasa di bulan Ramadan pada kali ini, bolehlah cuba tips yang dikongsikan. Kalau mereka dapat berpuasa separuh hari pun sudah memadai.

Semoga bermanfaat! 😊

BACA JUGA: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd