Now Reading
[Video] Kanak-kanak Susun Selipar Jemaah Masjid Ikut Ton Warna Bikin Netizen Geli Hati

[Video] Kanak-kanak Susun Selipar Jemaah Masjid Ikut Ton Warna Bikin Netizen Geli Hati

Kelihatan dua orang kanak-kanak perempuan sedang menyusun rapi selipar para jemaah masjid mengikut ‘shade’ warna semasa Solat Sunat Tarawih sedang berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang bulan Ramadan, kita dapat lihat tempat ibadah khususnya masjid diimarahkan dengan kehadiran para muslimin dan muslimah bagi menunaikan Solat Sunat Tarawih.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah ibu bapa juga akan membawa anak kecil mereka untuk bersama-sama beribadah pada bulan mulia tersebut.

Walaupun ada anak kecil yang turut serta dalam Solat Tarawih, namun seperti kebiasaannya, sesetengah kanak-kanak akan meluangkan masa bersama rakan mereka di luar masjid.


Kanak-kanak Susun Selipar Jemaah Masjid Ikut Ton Warna

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ramadhanmode0n), menyaksikan telatah sekumpulan kanak-kanak kecil di sebuah masjid pada malam pertama Solat Sunat Terawih diadakan pada tahun ini.

Dalam pada jemaah sedang khusyuk menunaikan ibadah, lain pula yang berlaku di luar masjid apabila kanak-kanak perempuan itu menyusun kesemua selipar di pintu masuk dengan teratur.

Situasi sebegitu tidak lagi asing dan sering kita dengar ada sahaja anak-anak yang dibawa oleh ibu bapa membuat ‘hal’ sendiri di luar tempat ibadah itu. Selalunya kita akan dengar kes selipar dicuri, tapi kali ini adalah sebaliknya.

Namun lain daripada lain, sekumpulan anak kecil yang memakai telekung itu telah menyusun selipar mengikut ton warna!

Sumber: TikTok (@ramadhanmode0n)

Jika dilihat daripada klip video berkenaan, terdapat selipar berton warna hitam, putih, merah jambu, lilac dan sebagainya. Sekali pandang macam pelangi pun ada, memang sedap mata memandang.

Video pendek berdurasi 7 saat itu telah mendapat perhatian ramai di kalangan pengguna laman TikTok dengan jumlah tontonan hampir mencecah 1 juta setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ramadhanmode0n/video/7345069405312716050

Netizen Terhibur Lihat Telatah Lucu Anak Kecil

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah budak perempuan yang meluangkan masa dengan menyusun selipar mengikut ton warna itu.

“Cantik kau susun dik. Nanti datang surau belakang rumah akak je lah,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ramadhanmode0n)

Malah ada juga yang berkata susunan oleh golongan kaum hawa sememangnya lebih terperinci berbanding budak lelaki.

“Perempuan punya susunan pun ikut warna. Ni kalau budak lelaki mahu susun kasi rapi je,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@ramadhanmode0n)

Walaupun niat asal anak kecil itu adalah baik, namun ramai juga berkata para jemaah akan termenung di pintu masjid bagi mencari selipar masing-masing.

“Kalau macam ni punya gaya aku dengan pakcik-pakcik dekat masjid termenung sampai Subuh,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@ramadhanmode0n)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Si Kecil Teman Ayah Jadi Imam Di Masjid Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Baca Artikel Berkaitan: “Mulia Hati Kau Dik” – Budak Lelaki Bantu Susun Kasut Jemaah Masjid Bandar Perda Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Video Budak Perempuan Gurau Depan Pintu & Halang Jemaah Solat Cetus Perdebatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd