Now Reading
[Video] Gelagat Si Kecil Teman Ayah Jadi Imam Di Masjid Raih Pelbagai Reaksi Netizen

[Video] Gelagat Si Kecil Teman Ayah Jadi Imam Di Masjid Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Imam masjid itu menjelaskan isterinya pulang lewat pada hari berkenaan dan tiada sesiapa yang boleh menjaga anak kecilnya ketika itu.

anak imam masjid

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain berfungsi sebagai tempat beribadah bagi umat Islam, masjid juga dijadikan sebagai lokasi untuk berehat dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti taman permainan kanak-kanak, kolam ikan, vending machine dan sebagainya.

Dengan adanya pelbagai kemudahan ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain di bawah satu tempat yang sama.

Tidak kiralah kanak-kanak mahupun warga emas, semua lapisan umur boleh memenuhi ruangan masjid.

Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia

Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!


Imam Terpaksa Bawa Anak Kecil Ke Masjid Kerana Tiada Penjaga Di Rumah

Menerusi video dimuat naik oleh oleh pengguna TikTok (@yusufassiddiq.as), lelaki ini yang dikenali sebagai Yusuf Assiddiq ini memaparkan situasi yang berlaku ketika dia ditugaskan untuk mengimamkan solat berjemaah di sebuah masjid.

Apa yang menarik perhatian ramai dalam video tersebut adalah apabila Yusuf juga membawa anak kecilnya ke masjid.

Yusuf menjelaskan isterinya pulang lewat pada hari berkenaan dan tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya ketika itu.

Wife balik lewat, so terpaksa bawa si kecik ni. Takde sapa boleh jaga. Last minute takde imam lain yang ganti. So terpaksa la bawa.

Imam masjid, Yusuf Assiddiq.

Sebelum memulakan solat, Yusuf telah memberi pesanan kepada si kecil itu bersama-sama mengerjakan solat di tepinya.

Tetapi kanak-kanak itu dilihat hanya mengikuti ayahnya di awalnya sahaja sebelum mula mengusik dan memanjat pada badan imam tersebut.

Video berdurasi sembilan minit itu telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@yusufassiddiq.as/video/7292666176130321671

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Gelagat Anak Imam Masjid Ketika Solat Berjemaah

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat gelagat si kecil sementara menunggu ayahnya selesai mengimamkan solat jemaah.

Pada masa yang sama, ramai yang memuji pihak masjid berkenaan kerana tidak menghalang kehadiran kanak-kanak di kawasan tempat beribadah.

Dalam pada itu, ada juga beberapa orang netizen yang mengajukan persoalan berkaitan hukum kebersihan lampin kanak-kanak yang mempunyai najis di kawasan solat.

Imam masjid tersebut menjawab ianya masih dibolehkan tetapi individu tidak boleh mendukung kanak-kanak berkenaan kerana ia boleh membuatkan solat seseorang tidak sah.

Selain itu, netizen juga perasan dengan penglihatan imam yang memantau anaknya ketika sedang mengimamkan solat.

Jelas imam berkenaan lagi, perbuatan tersebut tidak membatalkan solat.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd