Now Reading
Risau ‘Diintip’ Dalam Bilik Ketika Bercuti? Ini 3 Tips Penting Untuk Anda

Risau ‘Diintip’ Dalam Bilik Ketika Bercuti? Ini 3 Tips Penting Untuk Anda

Kebiasaannya kamera tersembunyi akan berada di soket pengecas, sebalik dinding, dalam lampu tidur dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali mahu pergi bercuti untuk merehatkan diri di tempat yang berbeza, mesti kebanyakan daripada kita akan memilih lokasi seperti hotel atau menyewa ‘homestay’ sebagai pilihan.

Tidak dinafikan memang banyak je tempat penginapan yang menarik dengan harga yang berpatutan di sekitar Malaysia.

Tetapi sebelum membuat tempahan, pastikan anda menyemak dahulu review pengguna terdahulu. Dari situ, barulah tempat tersebut boleh dinilai sama ada bagus atau tidak.


Wujud Banyak Kes Kamera Tersembunyi Di Dalam Lokasi Penginapan

Selain masalah seperti penjagaan kebersihan yang kurang baik, tahap keselamatan turut menjadi salah satu faktor penting yang diperhatikan oleh orang ramai.

Percaya atau tidak, terdapat banyak kes di mana pelanggan menjumpai kamera tersembunyi di beberapa bahagian lokasi penginapan mereka.

Sebelum ini, pasangan berbangsa Cina yang sedang berbulan madu di Kota Kinabalu di Sabah meluahkan rasa terkejut apabila terjumpa kamera tersembunyi di B&B iaitu sebuah tempat penginapan yang mencecah kos RM400 semalaman.

Kamera berkenaan telah disorokkan di bahagian soket bertentangan dengan katil.

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Ini Dedah Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Hotel Saat Sedang ‘Honeymoon’

Baca Artikel Berkaitan:Dunia Makin Bahaya” – Wanita Terkejut Jumpa Kamera Tersembunyi Pada Pita Pelekat Di Tandas Awam

Sumber: Xiaohongshu

Dalam kes terbaharu berlaku pada 6 Februari lalu di Jelutong, Pulau Pinang, sekumpulan wanita turut berdepan situasi sama apabila mereka menjumpai kamera tersembunyi di sebuah ‘homestay’ yang disewa.

Memetik laporan The Star, salah seorang wanita berusia 24 tahun itu telah menemui alat rakaman terbabit di dalam ‘humidifier’ yang berada di dalam tandas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang ACP Razlam Ab Hamid berkata satu laporan polis telah dilakukan oleh wanita berkenaan di Balai Ppolis Jelutong selepas melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan homestay.

Hasil siasatan awal mendapati bahawa tiada sebarang visual yang direkodkan di dalam kamera berkenaan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Xiaohongshu

3 Tips Untuk Pastikan Penginapan Anda Lebih Selamat Semasa Bercuti

Peka dengan isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cobnb iaitu Glenn Wong tampil memberikan beberapa tips untuk membantu anda memastikan penginapan yang lebih selamat ketika menginap di mana-mana lokasi pilihan.

Antaranya:

#1. Selidik Terlebih Dahulu
Gambar sekadar hiasan.

Benda pertama yang perlu dilakukan adalah menyemak reputasi pengendali tempat penginapan, sejarah penginapan dan ulasan daripada pengguna yang lain.

Istilah ‘pengendali’ di sini merujuk kepada entiti berasingan yang menguruskan tempahan dan perkhidmatan lain untuk penginapan, membantu menghubungkan tuan rumah dengan tetamu yang berpotensi.

Selain itu apabila membaca terlebih dahulu review dari orang lain, anda dapat melihat gambaran pengalaman yang dialami oleh pengguna terdahulu.

Penting ya untuk baca ulasan tetamu lain khususnya berkaitan dengan privasi. Secara tidak lansung, ia membantu anda untuk membuat pilihan lokasi penginapan yang lebih selamat dan ideal.

#2. Pilih Penginapan Yang Sah
Gambar sekadar hiasan.

Sebelum membuat tempahan di mana-mana tempat, pastikan penyenaraian lokasi terbabit dibuat oleh profil yang disahkan dan gambar yang jelas.

Ini kerana tuan rumah yang telah disahkan lebih cenderung mematuhi piawaian platform, mengurangkan risiko pengawasan tanpa kebenaran dan memberikan ketenangan fikiran semasa bercuti.

Sebelum anda bersantai apabila tiba di destinasi, langkah pertama yang perlu diambil adalah memeriksa premis dengan teliti, terutamanya objek yang mencurigakan atau luar dari kebiasaan seperti kamera tersembunyi.

Kalau boleh carilah penginapan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti kotak kunci yang menghadkan akses kepada individu yang dibenarkan.

#3. Percaya Pada Naluri Anda
Gambar sekadar hiasan.

Sekiranya anda merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, percayalah pada naluri tersebut.

Laporkan kebimbangan anda kepada platform, pihak berkuasa, dan agensi perlindungan privasi yang berkaitan secepat mungkin.

Pada masa yang sama, pertimbangkan untuk mencari penginapan alternatif yang lain terutamanya jika anda mencurigai sebarang pelanggaran privasi yang berlaku secara berterusan.


Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat percutian yang tenang dari segala masalah lebih-lebih lagi berkaitan keselamatan dan privasi.

Ingat ya, kalau anda berdepan situasi sama yang boleh membahayakan diri, terus buat laporan.


Latar Belakang Tentang Cobnb

Kiri: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Cobnb, Glenn Wong.

Sebagai info, Cobnb merupakan sebuah syarikat pengendali dan pengurusan harta BnB terkemuka di Malaysia yang menawarkan pengurusan pajakan serta penyewaan untuk jangka pendek.

Mereka turut mewujudkan pendapatan sewa yang mampan dengan memanfaatkan automasi aliran kerja, harga dan analisis kewangan.

Dengan menggabungkan sistem pengurusan hartanah di pelbagai platform menggunakan pengetahuan industri yang dimilki, Cobnb kini memiliki 500 penyenaraian pada tahun 2023 dengan jumlah tetamu seramai 10,000,188 orang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd