Now Reading
[Video] Penyanyi Duet Korea Nyanyi Lagu ‘Hasrat’ Milik Juara AJL38 Dalam Bahasa Korea

[Video] Penyanyi Duet Korea Nyanyi Lagu ‘Hasrat’ Milik Juara AJL38 Dalam Bahasa Korea

Dua orang penyanyi duo dikenali sebagai Hoondoo dilihat telah menyanyikan lagu Hasrat yang merupakan juara bagi AJL38 dalam versi bahasa Korea.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang pernah tonton filem ‘Imaginur’, pasti lagu dari Amir Jahari berjudul ‘Hasrat’ akan terngiang-ngiang dalam kepala.

Teriaklah, sekuat mana pun aku, suara ini tiada mendengar’.

Kalau dengar lagu ini ketika emosi anda sedang dalam kecelaruan, confirm boleh menitik air mata. Memang syahdu sungguh!

Lebih mengujakan lagi, lagu ini bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian dari penyanyi di Korea Selatan.

Baca Artikel Berkaitan: Kugiran Masdo Teruja Lagu ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Oleh Kumpulan K-Pop Dari Korea Selatan


Penyanyi Duo Korea Selatan ‘Cover’ Lagu Hasrat Dalam Bahasa Korea

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@iamjoelee), dua orang penyanyi duo dikenali sebagai Hoondoo dilihat telah menyanyikan lagu Hasrat ini dalam versi yang berbeza, iaitu dalam bahasa Korea.

Walaupun liriknya dalam bahasa lain, tetapi rentak dan irama lagu masih mengikut alunan dari Amir Jahari itu.

Kalau korang dengar, memang cukup merdu lagu Hasrat ini walaupun dinyanyikan dalam bahasa Korea sekalipun.


Rakyat Malaysia Teruja Dengar Lagu ‘Hasrat’ Dalam Bahasa Korea

Beberapa netizen yang menonton video berkenaan memberikan reaksi positif dengan nyanyian tersebut. Siap ada yang kata dah macam lagu OST untuk drama Korea!

“Boleh jadi OST Kdrama dah,” kata netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang turut menyebut (tag) nama Amir Jahari pada hantaran berkenaan untuk memastikan pemilik lagu sebenar melihat video nyanyian duo tersebut.

Mereka juga memuji lagu Hasrat itu juga sedap didengari walaupun dalam bukan dalam bahasa Melayu.

“Sedap gila weh versi Korea”, luah netizen.

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Pencapaian Bagi Lagu ‘Hasrat’

Semalam (3 Mac), lagu Hasrat yang tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) telah dinobatkan sebagai juara buat kali pertama selepas dicipta sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia juga berkata proses pembikinan lagu ‘Hasrat’ disiapkan hanya dalam 10 minit kerana ia dicipta berdasarkan pengalaman peribadinya.

Sebagai info, lagu ini mengisahkan tentang kesedihannya pemergian ayahnya pada 30 Mei 2022 akibat penyakit kanser yang dihidapi.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Hasrat’ Juara AJL 38, Tampilkan Nama Anak-Anak Yang Gugur Di Palestin

Sumber: Kosmo

Profil Tentang Amir Jahari

Amir Jahari atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah bin Jahari yang dilahirkan pada 31 Mei 1992 merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan juga penulis lagu di Malaysia.

Penyanyi ini dilahirkan di Sarawak dan mula terlibat dalam industri muzik selepas menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-9 pada tahun 2011 sebelum digugurkan dari rancangan berkenaan bersama Ayda Jebat.

Sumber: MalayMail

Namun, perkara ini tidak menjadi halangan buat dirinya untuk meneruskan kerjayanya dalam dunia muzik sehingga menjadi finalis pada AJL ke-27 dengan lagu ‘Tanpamu’.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya (@amirjaharimuzik), Amir berkata dia telah bergiat di dalam industri muzik selama 14 tahun, dengan lagu pertama ditulis olehnya ketika berusia 16 tahun.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd