Kugiran Masdo Teruja Lagu ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Oleh Kumpulan K-Pop Dari Korea Selatan
Lagu berjudul ‘Pujaanku’ dari Kugiran Masdo dinyanyikan oleh dua orang ahli kumpulan N.SSign iaitu Kazuta dan Junhyeok.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dengan adanya kuasa Internet dan media sosial, masyarakat yang tinggal di luar Malaysia juga boleh mengetahui tentang sesuatu budaya di negara lain.
Sebagai contoh, sebelum ini sekumpulan koir melibatkan pelajar di Amerika Syarikat dilihat melakukan persembahan koir menggunakan lagu diinspirasikan dari peribahasa berbahasa Melayu.
Persembahan koir itu disertakan dengan tiga peribahasa Melayu iaitu:
- Sediakan payung sebelum hujan
- Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
- Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Menarik kan?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Persembahan Koir Barisan Pelajar Di Amerika Syarikat Guna Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum
Kumpulan K-Pop Nyanyi Lagu Dari Kugiran Masdo
Karya yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sekali lagi tular di peringkat antarabangsa selepas video sebuah kumpulan K-Pop dari Korea Selatan menyanyikan lagu tersebut dimuat naik semula di laman X (Twitter @nnsigncosmo).
Lagu berjudul ‘Pujaanku’ dari Kugiran Masdo dinyanyikan oleh dua orang ahli kumpulan N.SSign iaitu Kazuta dan Junhyeok.
Mungkin ada yang terfikir, adakah lagu itu dinyanyikan semula dalam bahasa Korea? Tidak! Mereka dengan fasihnya mendendangkan lagu berkenaan menggunakan bahasa Melayu.
Kalau anda dengar nyanyian mereka, sebutannya jelas dan mudah difahami di samping lirik lagu yang turut disertakan dalam video berkenaan.
n.SSign Kazuta & Junhyeok covering
— jess is HAPPY& (@nssignscosmo) February 13, 2024
Pujaanku by Masdo#엔싸인 #nSSign @nSSign_official pic.twitter.com/rsN8fmxoM0
Nyanyian Lagu Berbahasa Melayu Dari Kumpulan K-Pop Itu Raih Perhatian Ramai
Video nyanyian tersebut kemudiannya tular di media sosial dan meraih pelbagai reaksi dari netizen termasuklah kumpulan penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Kugiran Masdo.
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @KugiranMasdo), kumpulan penyanyi dari Malaysia itu menunjukkan reaksi teruja apabila karya mereka kini berada di peringkat antarabangsa.
Fuyoh! https://t.co/ZbuXPlJBJb
— MASDO! (@KugiranMasdo) February 13, 2024
Pada masa yang sama, netizen turut teruja melihat lagu popular di Malaysia itu dinyanyikan semula oleh kumpulan K-Pop.
Netizen turut memuji penyampaian mereka berdua yang jelas sehingga ada yang mendakwa sebutannya seperti masyarakat tempatan di Maalaysia.
“Sebutan yang baju putih tu macam Melayu sangat,” kata netizen.
Sesetengah netizen menganggap video nyanyian ini cukup luar biasa dan perlu ditularkan untuk tontonan orang ramai di media sosial.
Siapa Kugiran Masdo?
Kugiran Masdo merupakan kumpulan penyanyi pop dan indie yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.
Ahli kumpulan mereka terdiri daripada tiga orang lelaki iaitu Ali Sariah, Putuceri, Asmawi dan Azham Ahmad.
Antara lagu mereka yang popular adalah seperti Dinda, Bunga, Kecundang dan Bercanda Di Malam Indah.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.