Now Reading
[Video] Persembahan Koir Barisan Pelajar Di Amerika Syarikat Guna Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum

[Video] Persembahan Koir Barisan Pelajar Di Amerika Syarikat Guna Bahasa Melayu Buat Ramai Kagum

Kumpulan koir Colorado Children’s Carole di Amerika Syarikat telah mempersembahkan ‘Kira!’ yang mengandungi tiga peribahasa Melayu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Koir merupakan satu kumpulan penyanyi yang membentuk ensembel dan menyanyi secara seiring dan harmoni. Ia dibahagikan kepada empat kategori iaitu koir lelaki, wanita, campuran dan kanak-kanak.

Satu kumpulan koir diketuai oleh seorang konduktor yang mengarahkan kelompok-kelompok dalam kumpulan itu untuk menyanyikan bahagian tertentu. Terdapat bahagian lagu yang dinyanyikan secara serentak ataupun secara berasingan untuk mencapai muzik harmoni.

Koir merupakan satu kaedah nyanyian tradisional yang dipraktikkan sejak zaman Yunani purba dan kini turut dinyanyikan ketika servis gereja.


Persembahan Koir Dalam Bahasa Melayu Di Amerika Syarikat

Satu video persembahan koir oleh sekumpulan kanak-kanak dari Colorado Children’s Carole di Amerika Syarikat telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@fairuzfeetauhid).

Persembahan koir tersebut yang bertajuk ‘Kira!’ dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan dihasilkan berasaskan kepada peribahasa Melayu.

Sepanjang persembahan, kumpulan koir menyanyi dari satu hingga lapan, iaitu kiraan yang selalu dilakukan bagi latihan nyanyian atau tarian.

Persembahan koir itu disertakan dengan tiga peribahasa Melayu iaitu:

  • Sediakan payung sebelum hujan
  • Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian
  • Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
@fairuzfeetauhid Berasaskan Peribahasa Melayu. Kira! Oleh Dr Tracy Wong (Canada) #KOREOGRAFee ♬ KOREOGRAFee oleh Fairuz Fee Tauhid – Fairuz Fee Tauhid

Muzik Dihasilkan Oleh Rakyat Malaysia

Susunan muzik koir yang dipentaskan itu telah digubah oleh pendidik muzik, Dr Tracy Wong, iaitu seorang rakyat Malaysia yang menetap di Kanada.

Melalui saluran YouTube miliknya, Wong berkata dia telah ditugaskan oleh Colorado Children’s Carole dan Pengarah Artistik Emily Crile bagi menghasilkan karya itu bagi konsert Musim Bunga 2023, Time to Shine.

Wong telah menjadi artis residensi selama seminggu di sana sementara menunggu karyanya dipersembahkan oleh kumpulan koir tersebut.

Di samping itu, pengguna TikTok yang memuat naik video berkenaan, Fairuz Fee Tauhid bertanggungjawab dalam melatih koreografi kepada kumpulan tersebut.

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat meninggalkan pujian terhadap Wong kerana memartabatkan Bahasa Melayu hingga ke peringkat antarabangsa dan atas daya kreatifnya.

Malah, seorang penyanyi koir turut berkata dia ingin mempersembahkan lebih banyak nyanyian koir dalam bahasa Melayu dengan komposisi yang kompleks.

Untuk makluman, ini bukan pertama kali Wong terlibat dalam pementasan koir berbahasa Melayu di Amerika Syarikat.

Sebelum ini Wong telah menggubah satu muzik koir bertajuk ‘JAM! (Jom-Ayuh-Mari)’ yang dipersembahkan oleh kumpulan Shanti CO di Colorado All-State Treble Choir pada Mei 2023.

Di dalam gubahannya, Wong memasukkan elemen permainan kanak-kanak seperti ‘Sep sep sep,Tom tom tom’ dan ‘Lat Talilat’.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd