Now Reading
[Video] Tony Fernandes ‘Round’ KLIA2 Naik Skuter Beri Angpau CNY Buat Pelancong

[Video] Tony Fernandes ‘Round’ KLIA2 Naik Skuter Beri Angpau CNY Buat Pelancong

Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia dilihat meronda KLIA2 dengan menunggang bagasi skuter sambil menghulurkan angpau Tahu Baru Cina kepada orang ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui rakyat berbangsa Cina telah menyambut perayaan Tahun Baru Lunar bermula 10 Februari 2024 yang lalu.

Perayaan yang disambut secara besar-besaran itu dimeriahkan dengan Tarian Singa, lawatan saudara-mara, pemberian angpau dan lain-lain lagi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Maskot Tarian Singa ‘Layan’ Aksi Silat Lelaki Buat Netizen Terhibur

Kalau anda nak tahu, angpau yang berisi wang tersebut adalah simbol tuah kepada si penerima. Angpau juga melambangkan harapan agar si penerima memperoleh kesejahteraan pada tahun baru.


Tony Fernandes Beri Angpau CNY Kepada Orang Ramai Di KLIA2

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman Instagram (@flyairasia), menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes dengan bersahaja meronda kawasan sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dengan menunggang sebuah bagasi skuter.

Perkara yang mencuri perhatian ramai apabila Tony yang berpakaian serba merah dilihat menghulurkan angpau Tahun Baru Cina kepada orang awam di KLIA2 dan bukannya kepada pekerjanya sahaja.

Sumber: Instagram (@flyairasia)

Antara mereka yang menerima angpau dari Tony adalah pekerja di kaunter perkhidmatan, polis bantuan, penumpang penerbangan dan pelanggan restoran. Pekerja dari Jollibee juga tidak terkecuali!

Malah Tony juga memberikan sejumlah wang tersebut kepada sesiapa yang dijumpainya tidak kira bangsa, asal-usul dan lain-lain.


Tony Fernandes Beri Angpau Kepada Pelancong Asing

Dalam video yang dikongsi, Tony telah memberikan angpau kepada beberapa orang pelancong asing selain memberitahu mereka tentang tradisi masyarakat Cina yang menghulurkan wang semasa perayaan mereka.

Sumber: Instagram (@flyairasia)

Kebanyakan pengunjung KLIA2 yang menerima angpau dilihat terkejut dengan kemunculan CEO AirAsia berkenaan. Malah mereka juga mengukirkan senyuman dan berterima kasih atas pemberian ikhlas dari Tony.


Netizen Puji Sikap Murni Tony Fernandes

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat Tony yang ‘random’ itu sehinggakan mereka teringin untuk bekerja di bawah pentadbirannya.

“Jarang jumpa majikan yang buat macam ni. Saya mengagumi kerja Tony Fernandes dan saya ingin bekerja dengan anda suatu hari nanti,” ujar seorang lelaki.

Sumber: Instagram (@flyairasia)

Ada juga berkata Tony Fernandes yang memakai baju merah kelihatan seperti Santa Klaus kerana memberikan angpau kepada orang ramai.

“Tony Fernandes macam Santa Klaus tetapi ia adalah Tahun Baru Cina! Huat Ah!” kata seorang individu.

Sumber: Instagram (@flyairasia)

Sementara itu, ada juga netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak berkesempatan berjumpa dengan Tony pada ketika itu walaupun sudah banyak kali melancong menggunakan perkhidmatan AirAsia.

“Sir, saya dah travel dengan AirAsia sahaja sepanjang 10 tahun. Tak pernah saya bernasib baik macam ni (jumpa Tony Fernandes),” jelas seorang wanita.

Sumber: Instagram (@flyairasia)

Tony Fernandes Dikenali Dengan Sikap Rahmah Mesra

Tony Fernandes dikenali dengan sifatnya yang peramah khususnya dengan para penumpang penerbangan.

Seperti sebelum ini, Tony dilihat meronda di atas kabin dan beramah mesra bersama penumpang di atas pesawat. Perkara yang mencuit hati adalah apabila seorang wanita ‘kantoi’ membawa makanan luar ke dalam penerbangan tersebut.

Sumber: TikTok (@tonyfernandesairasia)

Oleh kerana telah membawa benda terlarang masuk ke dalam pesawat, Tony secara berjenaka berkata wanita itu tidak akan dihidangkan makanan disediakan oleh kru kabin.

Selain itu, Tony juga dengan bersahaja telah membantu pramugari yang bertugas bagi menghulurkan minuman kepada para penumpang dikasihi.

Baca Artikel Berkaitan: “Bos Humble” – Netizen Puji Reaksi Tony Fernandos Lepas Wanita Kantoi Bawa Makanan Luar Atas Pesawat

Baca Artikel Berkaitan: Tony Fernandes Cadang Jadikan ‘Santan’ Sebagai Penyedia Makanan MAS


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd