Now Reading
“Bos Humble” – Netizen Puji Reaksi Tony Fernandos Lepas Wanita Kantoi Bawa Makanan Luar Atas Pesawat

“Bos Humble” – Netizen Puji Reaksi Tony Fernandos Lepas Wanita Kantoi Bawa Makanan Luar Atas Pesawat

Seorang wanita telah tertangkap dengan Tony Fernandes selepas membawa makanan luar iaitu ‘Korean Spicy Chicken’ ke dalam pesawat AirAsia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat penumpang yang sering kali menaiki pesawat, pasti anda sudah tahu beberapa larangan ditetapkan oleh pihak pengurusan. Sebagai contoh membawa makanan luar serta buah-buahan seperti durian.

Namun begitu, ada juga yang masih mahu membawanya masuk ke dalam kabin, berkemungkinan disebabkan tidak sempat menghabiskannya sebelum berlepas. Kadangkala ada di antara penumpang telah terlepas dengan tindakan itu, tetapi ada juga yang ‘terkantoi’.


Wanita ‘Kantoi’ Dengan Tony Fernandes Bawa Makanan Luar Dalam Pesawat

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@tonyfernandesairasia), menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes membuat lawatan mengejut dalam satu penerbangan pesawat AirAsia.

Dalam video tersebut, Tony dilihat berjalan di atas kabin dan beramah mesra bersama penumpang di atas pesawat. Perkara yang mencuit hati adalah apabila seorang wanita ‘kantoi’ membawa makanan luar ke dalam penerbangan tersebut.

Wanita berkenaan dilihat tertawa selepas ditegur oleh Tony kerana membawa ‘Korean Spicy Chicken’.

Oleh kerana telah membawa benda terlarang masuk ke dalam pesawat, Tony secara berjenaka berkata wanita itu tidak akan dihidangkan makanan disediakan oleh kru kabin.

Menerusi ruangan kapsyen, Tony juga sempat mengiklankan produk Santan dan mengajak para penumpang untuk menempah terlebih dahulu makanan tersebut sebelum menaiki penerbangan. Jelasnya, produk Santan adalah jauh lebih murah daripada makanan luar yang dilarang bawa masuk.

Baca Artikel Berkaitan: Tony Fernandes Cadang Jadikan ‘Santan’ Sebagai Penyedia Makanan MAS

Dalam pada itu, Tony Fernandes juga dengan bersahaja telah membantu pramugari yang bertugas bagi menghulurkan minuman kepada para penumpang dikasihi.


Dua Gadis Terkejut Lihat Tony Fernandes Atas Penerbangan

Bukan itu sahaja, kemunculan Tony secara tiba-tiba itu telah mengejutkan dua orang orang perempuan yang dipercayai adik beradik. Menerusi hantaran sama, gadis-gadis berkaca mata berkenaan dilihat tergamam apabila Tony menunjukkan mukanya.

Malah, mereka juga mengambil masa seketika untuk menjawab soalan Tony yang bertanya tentang minuman diingini.

Tony telah menghulurkan satu tin minuman keras bersama Ribena kepada mereka dan kemudian meminta pramugari untuk memberikannya bil. Memang bertuah gadis itu kerana dibelanja oleh bos AirAsia sendiri.

https://www.tiktok.com/@tonyfernandesairasia/video/7330480184132504840?_r

Netizen Puji Sikap Tony Fernandes Yang ‘Humble’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Tony yang ‘humble’ dan mesra terhadap penumpang penerbangan tersebut.

“Tony adalah bos besar paling friendly saya pernah nampak,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@tonyfernandesairasia)

Malah, ada juga yang berkata para penumpang penerbangan itu amat bertuah kerana dapat bersemuka secara langsung bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.

“Saya tak pernah berjumpa dengannya (Tony Fernandes) walaupun sudah beberapa kali terbang dengan AirAsia. Mereka ni memang sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengannya,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@tonyfernandesairasia)

Sementara itu, seorang penumpang setia sempat memuji servis dan kesedapan makanan serta minuman yang disediakan oleh AirAsia.

“Mr Tony, saya adalah penumpang setia AirAsia. Saya telah terbang bersama AirAsia sejak 2006! Saya suka anda punya (AirAsia) nasi lemak, minuman coklat panas dan nachos bersama guacamole!” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@tonyfernandesairasia)

Benda Dilarang Bawa Masuk Dalam Penerbangan AirAsia

Daripada komen orang ramai, penulis sedar bahawa ramai lagi yang kurang mengetahui tentang benda yang dilarang bawa ke dalam pesawat.

Namun usah risau, buat anda yang akan terbang bersama AirAsia tidak lama lagi, di sini kami kongsikan beberapa benda terlarang di atas penerbangan. Antaranya:

  • Makanan dan minuman luar.
  • Makanan dengan sistem pemanas (Meals Ready-to-Eat).
  • Alat muzik melebihi 7kg.
  • Krim muka, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi yang melebihi 100g.
  • Peralatan sukan.
  • Barangan tajam.
Sumber: Pexels

Untuk rokok elektronik pula, anda dibenarkan untuk meletakkannya di dalam bagasi atas kabin tetapi tidak boleh digunakan sepanjang penerbangan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd