Now Reading
Pemilu 2024: Cipta Tarian Untuk Raih Undian Anak Muda, Taktik Prabowo Undang Perhatian

Pemilu 2024: Cipta Tarian Untuk Raih Undian Anak Muda, Taktik Prabowo Undang Perhatian

Tarian yang dilakukan oleh Prabowo Subiantobagi itu adalah untuk mengubah imej dirinya daripada seorang yang kuat kepada perwatakan comel dan seorang atuk yang penyayang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penduduk Indonesia kini sedang hangat membincangkan tentang Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).

Pilihan raya tersebut diadakan bagi menggantikan jawatan Perdana Menteri ketujuh negara berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Joko Widodo selama 10 tahun sejak tahun 2014 yang lalu.

Terdapat tiga calon yang merebut jawatan terbabit itu adalah bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan, bekas gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo serta Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.


Calon Cipta Pelbagai Alternatif Tarik Undian Golongan Muda

Laporan New York Times mengatakan daripada 205 juta orang pengundi bagi pilihan raya kali ini, lebih 52% daripadanya adalah golongan anak muda yang bakal membentuk corak masa hadapan negara.

Jumlah tersebut dipercayai pertama kali berlaku sepanjang pilihan raya dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini.

Justeru, pelbagai strategi yang dilakukan oleh para calon untuk menarik minat generasi Z dan milenial.

Antara taktik yang dijalankan mengikut idea masing-masing adalah seperti:

#1. Anies Baswedan
Sumber: Gramedia

Anies memanfaatkan laman TikTok dengan mengadakan siaran live bersama orang ramai dan tidak terlepas juga untuk menjawab segala pertanyaan mengenai kehidupannya.

Sokongan yang diberikan oleh anak muda kepada beliau dilihat seakan-akan menyambut artis K-Pop dari Korea Selatan kerana segelintir penyokongnya sanggup membuat lampu dengan hiasan wajah Anies ketika menghadiri kempen pilihan raya.

#2. Ganjar Pranowo
Sumber: The Jakarta Post/ Antaranews

Ganjar melancarkan laman web yang dikhaskan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan Gen Z.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah memakai pakaian seperti karakter Tom Cruise di dalam filem ‘Top Gun: Maverick’ dengan mengenakan jaket bomber dan cermin mata hitam.

#3. Prabowo Subianto
Sumber: Instagram @prabowo

Prabowo yang sebelum ini dikenali kerana kes beliau dipecat dari pasukan tentera telah mencipta satu tarian signifikan ketika melakukan kempen pilihan raya di Indonesia.

Tarian berkenaan dilakukan bagi mengubah imej dirinya daripada seorang yang kuat kepada perwatakan comel dan seorang atuk yang penyayang.

Kepada anda yang mahu melihat tarian tersebut, boleh klik [DI SINI].

Selain itu, Prabowo juga telah mula mengamalkan gaya hidup bersenam dan memilih anak lelaki kepada Joko Widodo iaitu Gibran Rakabuming Raka sebagai temannya yang sekaligus dilihat sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian Gen Z kepada calon berkenaan.


Keputusan Akhir Pemilu 2024 Pada Mac Hadapan

Media tempatan Indonesia melaporkan bahawa Presiden Joko Widodo telah memberikan ucapan tahniah kepada Prabowo selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan Menteri Pertahanan tersebut sedang mendahului dua calon yang lain.

Walau bagaimanapun, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada 20 Mac hadapan bagi menentukan jawatan presiden dan wakil presiden baharu bagi pentadbiran pada Oktober 2024.

Sumber: The Jakarta Post

Jokowi turut menggesa rakyatnya agar tetap menunggu keputusan rasmi daripada pihak berkuasa.

Quick count adalah kaedah saintifik. Bagaimanapun, kita perlu menunggu keputusan rasmi daripada KPU. Bersabar,” ujar Jokowi.

Baca Artikel Berkaitan: Presiden Jokowi Disambut Meriah Oleh Warga Indonesia Di Pasar Chow Kit, Siap Nyanyi Lagu Kebangsaan

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Presiden Jokowi Bersemuka Dengan Joe Biden Minta Gencatan Senjata Di Gaza Dikagumi Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd