Presiden Jokowi Disambut Meriah Oleh Warga Indonesia Di Pasar Chow Kit, Siap Nyanyi Lagu Kebangsaan
Dianggarkan lebih 2,000 orang warga Indonesia termasuklah peniaga menyambut kedatangan Presiden Joko Widodo dengan sorakan meriah di Pasar Chow Kit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Hari ini (8 Jun), Presiden Indonesia Joko Widodo bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah membuat lawatan santai dan ramah mesra di Pasar Chow Kit.
Kehadiran pemimpin republik yang juga digelar sebagai Jokowi disambut dengan sorakan meriah oleh orang ramai terutamanya warga Indonesia yang ingin mengambil peluang tersebut bertemu dengan pemimpin nombor satu negara mereka.
Dianggarkan lebih 2,000 orang termasuk para peniaga di pasar berkenaan dilihat sanggup meninggalkan kedai jualan semata-mata mahu merakam ketibaan Jokowi.
Lawatan yang bermula kira-kira jam 12:30 tengah hari itu memperdengarkan laungan ‘Bapak Jokowi’ dan nyanyian lagu kebangsaan negara Indonesia bertajuk Indonesia Raya di sekitar kawasan berdekatan.
Warga Indonesia Di Malaysia Teruja Dapat Berjumpa Dengan Presiden Joko Widodo Di Pasar Chow Kit
Memetik laporan Berita Harian, beberapa peniaga di situ juga meluahkan rasa teruja apabila mereka sempat bertemu dan berswafoto bersama presiden dari Indonesia yang berusia 61 tahun itu.
Sehinggakan ada yang sanggup menunggu kehadiaran Jokowi selama tiga jam.
Saya sudah menetap di Malaysia selama 31 tahun untuk mencari rezeki dan tidak sangka akan melihat sendiri ‘bapa negara’ yang kita sayangi dan hormati. Hampir tiga jam saya menunggu Jokowi. Dapat merakam gambar dari jauh pun sudah mencukupi.
Salah seorang peniaga di Pasar Raja Alang, Yenawati Iskandar.

Malah, ada yang meluahkan rasa syukur kerana akhirnya impian mereka menjadi kenyataan selepas dapat melihat sendiri Jokowi di hadapan mata.
Ia seperti impian yang menjadi nyata dan kami semua tidak menyangka Jokowi sanggup turun ke pasar dan bertemu kami. Beliau seperti begitu peduli dengan rakyatnya walaupun kami jauh di Malaysia.
Suri rumah warga Indonesia, Darmiati M Ali.
Sesi beramah mesra ini dilakukan bersempena dengan lawatan kerja Jokowi ke Malaysia selama dua hari yang bermula semalam (7 Jun).
Pekerja, pengunjung warga Indonesia menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia sejurus Jokowi muncul di pintu belakang Pasar Raja Bot, Chow Kit. – Video NSTP/ Ilah Hafiz Aziz #Jokowi #BH pic.twitter.com/ZJ5QneMsAv
— Berita Harian (@bharianmy) June 8, 2023
Indonesian President Joko Widodo, also known as Jokowi, surprises locals at Chow Kit Market as he engages with a fishmonger and captures the moment with a selfie.#Malaysia #Jokowi #TrendingNews #ChowKit pic.twitter.com/LoTRtckFMC
— Malay Mail (@malaymail) June 8, 2023
Presiden RI Bapak Jokowi mahu melawat Kg Baru dan Pasar Chow Kit, PM @anwaribrahim terus bawa sendiri!
— Rashid Yusoff (@RashidYusoff11) June 8, 2023
Sambutan hebat! pic.twitter.com/6eyeOWxlNL
Profil Presiden Indonesia, Joko Widodo
Joko Widodo merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan yang kini menyandang jawatan sebagai Presiden Indonesia ketujuh.
Beliau yang mula memegang tampuk kepimpinan Indonesia sejak Julai 2014 ini bukanlah datang dari latar belakang keluarga berpolitik atau elit ketenteraan, sebaliknya hanyalah rakyat biasa sahaja.

Jokowi sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan lain sebelum dipilih sebagai Presiden iaitu:
- Datuk Bandar Surakarta (2005 sehingga 2012)
- Gabenor Jakarta (2012 sehingga 2014)
BACA JUGA: Video Konvoi Presiden Jokowi Berhenti Untuk Beri Laluan Pada Ambulans Dapat Pujian Ramai
BACA JUGA: Ramai Rakyat Indonesia Ke Malaysia Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan, Kata Presiden Indonesia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.