Now Reading
Kereta Api ‘Whoosh’ Dilancarkan Di Indonesia Dengan Kelajuan 350KM/J

Kereta Api ‘Whoosh’ Dilancarkan Di Indonesia Dengan Kelajuan 350KM/J

Kereta api laju yang diberi nama ‘Whoosh’ itu akan memendekkan perjalanan dari Jakarta ke Bandung dari tiga jam kepada 45 minit.

whoosh kereta api laju indonesia (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbicara tentang kereta api berkelajuan tinggi, mesti ramai yang terfikir tentang kenderaan itu yang terkenal di Jepun.

Terbaharu, negara Indonesia turut melancarkan sistem rel kereta api berkelajuan tinggi yang hampir serupa dengan kos AS$7.3 bilion (kira-kira RM34.4 bilion).

Memetik sumber Harian Metro, kereta api laju itu akan menghubungkan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta ke Bandung dengan memendekkan masa daripada tiga jam kepada 45 minit sahaja berbanding menggunakan kereta api biasa.

Dengan berkelajuan 350 kilometer sejam dan dibina sepanjang 142 kilometer, ia merupakan salah satu projek infrastruktur utama yang disokong oleh negara China.

Untuk info, ‘Whoosh’ telah mengatasi kelajuan kereta api laju di Jepun iaitu Shinkansen yang berkelajuan maksimum 320 km/j.

Sumber: Instagram @keretacepat_id

Projek kereta api laju yang diberi nama ‘Whoosh’ itu telah dirasmikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo semalam (2 Oktober).

Jelas Jokowi, nama kereta api tersebut diambil daripada singkatan untuk tagline ‘Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Handal’ serta diinspirasikan daripada bunyi kenderaan itu sendiri.

Pada asalnya, projek tersebut dijadualkan siap pada tahun 2019 tetapi telah jauh dari tarikh sasaran asal. Nama kenderaan ini juga diinspirasikan daripada bunyi kereta api berkelajuan tinggi.

Presiden Indonesia Joko Widodo.

Kereta api laju Whoosh ini juga dikategorikan sebagai yang pertama di Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan: Presiden Jokowi Disambut Meriah Oleh Warga Indonesia Di Pasar Chow Kit, Siap Nyanyi Lagu Kebangsaan


Harga Tiket Kereta Api Akan Diumum Kelak

Menteri Kanan yang menyelia projek ini menjelaskan perjalanan bagi tempoh percubaan kereta api laju adalah percuma dan telah dijalankan sejak minggu kedua September.

Sumber: Instagram @keretacepat_id

Tempoh tersebut juga akan dilanjutkan dan harga tiket bakal dimaklumkan pada pertengahan bulan Oktober.

Ujian awam bagi perjalanan kereta api berkelajuan tinggi itu telah dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum pembukaannya kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: Gadis Ini Kongsi Perjalanan KL Ke Kelantan Naik ‘Jungle Train’. Siap Boleh Layan View!

Sumber: Harian Metro | TIME


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd