Now Reading
Gadis Ini Kongsi Perjalanan KL Ke Kelantan Naik ‘Jungle Train’. Siap Boleh Layan View!

Gadis Ini Kongsi Perjalanan KL Ke Kelantan Naik ‘Jungle Train’. Siap Boleh Layan View!

Buat mereka dari Kuala Lumpur, anda perlu membuat pembelian tiket ETS dari KL Sentral ke Gemas kerana perkhidmatan kereta api ini tidak membuat perjalanan ke bandar tersebut.

kereta api dari kuala lumpur ke kelantan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda sejenis yang tidak suka hadap kesesakan jalan raya tetapi masih ingin berjalan ke sana sini, jangan risau kerana Malaysia mempunyai rangkaian pengangkutan awam yang banyak seperti kereta api, kapal terbang dan bas.

Jika anda ingin bersiar-siar di sekitar Lembah Klang pula tanpa perlu serabut hadap kereta yang banyak di jalan raya, bolehlah cuba berjinak dengan LRT dan MRT. 

BACA JUGA: 9 Tempat Best Sekitar Lembah Klang Yang Anda Boleh Pergi Dengan Pengangkutan Awam

Tetapi kalau anda bercadang untuk berjalan di negeri lain tanpa memandu kereta, apa kata anda cuba naik kereta api. Macam seronok juga kan?

Gadis ini naik kereta api dari Kuala Lumpur ke Kelantan

Kebiasaannya kereta menjadi pilihan pengangkutan orang ramai untuk ke lokasi jauh terutamanya ke negeri lain.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (izzarosli_) berkongsi kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kelantan menaiki ‘Jungle Train’.

Anda pun teringin nak naik kereta api ke Kelantan? Berikut adalah maklumat yang anda perlu tahu tentang kereta api ini sebelum memulakan perjalanan untuk tempoh masa yang panjang.

1. Muat turun aplikasi KTMB Mobile

Sumber: Twitter/izzarosli_

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mobile menerusi Apple App Store atau Google Play Store. Selepas selesai muat turun, bolehlah terus mendaftar dan buka akaun baharu.

2. Perbezaan gerabak dalam kereta api

Sumber: Izni Rashid

Seperti perkhidmatan dalam kapal terbang, gerabak kereta api juga mempunyai ruangan berbeza. Contohnya seperti berikut:

  • Gerabak 1 hingga 3 : Tempat duduk biasa
  • Gerabak 6 hingga 8 : Ada katil dua tingkat
  • Gerabak 5 : Kafe

3. Mempunyai dua perhentian

Perkhidmatan kereta api oleh KTMB mempunyai dua lokasi perhentian iaitu Gemas – Tumpat dan JB Sentral- Tumpat.

Tumpat adalah perhentian terakhir. Tapi kalau anda sudah membeli tiket ke Tumpat dan bertukar niat untuk berhenti di Wakaf Bharu, boleh je. Beritahu petugas kereta api tersebut dan mereka akan membuat pengumuman apabila sudah tiba.

Macam mana pula kalau anda ingin bergerak dari Kuala Lumpur? Anda perlu membuat pembelian tiket ETS dari KL Sentral ke Gemas kerana perkhidmatan kereta api ini tidak membuat perjalanan ke Kuala Lumpur.

4. Beli tiket lebih awal

Kalau anda bercadang untuk membeli tempat duduk yang mempunyai katil, kena beli cepat-cepat kerana tiket ini selalu kehabisan. Kadang-kadang sebulan awal pun boleh habis ya. Jadi, lebih baik beli cepat!

5. Masa perjalanan yang berbeza

Sumber: Flickr

Kedua-dua perhentian yang dilalui oleh perkhidmatan kereta api ini mempunyai masa perjalanan yang berbeza. Bagi perjalanan dari Gemas ke Tumpat, ianya mengambil masa lebih kurang 11 jam manakala dari JB Sentral ke Tumpat pula kira-kira dalam 16 jam.

Kalau anda nak tahu perjalanan penuh gadis ini, boleh klik [DI SINI] untuk membaca perkongsian penuh.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Melancong Ke 4 Buah Negeri Di India Dengan Kereta Api


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd