Now Reading
[Foto] Polis Wanita Jaga Anak Banduan Raih Pujian Orang Ramai

[Foto] Polis Wanita Jaga Anak Banduan Raih Pujian Orang Ramai

Seorang anggota polis dari daerah Bentong dilihat sedang bantu menguruskan budak lelaki dipercayai anak kepada seorang tahanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum menghulurkan bantuan dan bersifat ihsan terhadap manusia merupakan satu sikap yang perlu diterapkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama, kaum, status dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi dalam kalangan anak kecil yang sentiasa memerlukan perhatian golongan dewasa untuk melakukan sesuatu perkara.


Polis Jaga Anak Tahanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Friends Of PDRM menyaksikan seorang polis wanita sedang memegang seorang kanak-kanak lelaki yang tidak berbaju dan berseluar kuning berhampiran paip air.

Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada daerah Bentong itu dipercayai sedang membantu anak kecil berkenaan menguruskan dirinya.

Difahamkan, budak lelaki tersebut merupakan anak kepada tahanan yang terbabit dalam satu kes jenayah komersial.

Sumber: Facebook Friends Of PDRM

Sudah menjadi tanggungjawab kepada anggota balai untuk menyediakan segala kemudahan kepada anak berikutan ibunya yang telah ditangkap di bawah kesalahan jenayah komersial.

Pengendali akaun Facebook.

Walaupun dengan sekeping gambar, namun ia mampu membuatkan orang ramai tersentuh dengan budi pekerti pegawai polis yang sedia membantu walaupun kanak-kanak berkenaan bukan dari darah dagingnya.

Sumber: Facebook Friends Of PDRM

Netizen Puji Sikap Polis Yang Menjaga Anak Tahanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji sikap prihatin seorang ibu yang ditampilkan oleh pegawai polis untuk menjaga anak tahanan.

“Tak kiralah apa pekerjaan kita. Kalau tentang anak-anak, memang perasaan sebak akan ada dalam naluri seorang wanita. Terima kasih PDRM,” ujar seorang wanita.

Sumber: Facebook Friends Of PDRM

Sementara itu, beberapa pengguna laman Facebook telah menitipkan doa buat kesejahteraan pegawai polis serta anak kecil itu.

“Ya Allah permudahkanlah urusan anak kecil ini. Dia masih kecil tak tahu apa-apa pun. Semoga akak polis ni diberkati Allah SWT dan dipanjangkan umur. Budak itu tak bersalah,” kata seorang individu.

Sumber: Facebook Friends Of PDRM

Seorang netizen dalam masa sama berkongsi pengalamannya apabila terlihat anggota polis yang sedang membelikan barang keperluan buat seorang ibu dan anak akibat suami yang ditahan dalam jel.

“Saya pernah tengok anggota balai polis bawa si ibu dan anak datang beli barang dekat tempat kerja saya. Bila tanya tu siapa, polis tu kata suami wanita itu kena tahan dalam lokap. Dia (polis) kesian si suami tiada untuk belikan makanan dan susu anak. Saya salute sangat dekat anngota balai polis Sungai Pelek tu,” jelas seorang warganet.

Sumber: Facebook Friends Of PDRM

Polis Bersikap Timbang Rasa & Mesra Rakyat

Tidak dapat dinafikan anggota polis telah banyak menyumbang jasa mereka bukan sahaja kepada negara tetapi untuk rakyat Malaysia.

Seperti baru-baru ini, pegawai polis daripada Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan dipuji orang ramai selepas bertindak mengiring kereta pesakit yang mengalami sesak nafas ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Siti mengalami sesak nafas akibat tersangkut dalam trafik menuju ke Singapura selama hampir 40 minit.

Baca Artikel Berkaitan: “Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen

Sumber: Facebook Siti Nurhanizan

Bukan itu sahaja, terdahulu, seorang polis trafik juga telah menghulurkan bantuan kepada seorang pakcik bagi menghidupkan motosikalnya yang mati di tengah jalan raya.

Menurut seorang netizen, sikap ditunjukkan oleh polis tersebut merupakan contoh baik dan sesuai dengan slogan yang berbunyi, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Sumber: TikTok (@ezzaiskandar0)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan contoh kepada semua anggota polis untuk tidak berhenti berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Baca Artikel Berkaitan: Raih 24 Juta Tontonan, Tular Pegawai Polis Buat Kejutan Birthday Untuk Banduan Bikin Ramai Teruja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd