Now Reading
Batu Ikonik ‘Sea Stack’ Di Taman Negara Bako Runtuh Selepas Jutaan Tahun

Batu Ikonik ‘Sea Stack’ Di Taman Negara Bako Runtuh Selepas Jutaan Tahun

Batu ikonik dikenali sebagai ‘Sea Stack’ di Taman Negara Bako, Sarawak itu telah runtuh akibat ombak besar di laut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menyimpan banyak khazanah alam semula jadi untuk diterokai oleh masyarakat tempatan mahupun pelancong luar negara.

Kalau pergi ke Bumi Kenyalang ini, pelbagai budaya yang boleh dipelajari dari penduduk tempatan terutamanya dari segi bahasa, gaya hidup dan makanan.

Kepada anda yang gemar menerokai flora dan fauna, Taman Negara Bako adalah salah satu lokasi yang akan dilawati oleh orang ramai.


Tiada Lagi Batu Ikonik ‘Sea Stack’

Baru-baru ini, batu ikonik dikenali sebagai ‘Sea Stack’ di Taman Negara Bako, Sarawak dipercayai telah runtuh disebabkan oleh ombak besar di laut.

Perkara tersebut telah menimbulkan rasa sedih dalam kalangan netizen kerana ia dikatakan tempat tumpuan orang ramai untuk bergambar dengan latar belakang batu tersebut setiap kali datang ke sana.

Di laman TikTok, beberapa netizen turut memuat naik video memori mereka bersama ‘Sea Stack’ itu bagi memperingati semula kewujudan batu geologi berkenaan sebelum ini yang tersergam indah.

@aroladam

Farewell, Bako sea stack. You stood tall and proud for ages. A cobra’s head above the waves, but now you’re gone, collapsed and broken. A victim of erosion’s fate. We’ll miss your sight, your grace, your wonder. You were Bako’s trademark, Bako’s icon but nothing lasts forever, not even stone. Farewell, Bako sea stack, you’re not alone. #bakonationalpark #seastack #kuching

♬ cornfield chase (slowed + reverb) [theme from insterstellar] – Sjors Weijermars
https://www.tiktok.com/@zulfikarzulejohn/video/7334990361527323906

Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sahkan Keruntuhan Batu ‘Sea Stack’

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) di laman Facebook mereka, formasi batu tersebut telah runtuh semalam (13 Februari) disebabkan oleh kekuatan ombak di perairan Bako sejak beberapa hari yang lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC iaitu Tuan Abang Arabi bin Abg Aimran turut meluahkan rasa terkejut dan sedih selepas mendengar khabar berita itu.

Beliau berkata bahawa turus laut ini bukan sahaja menarik dari aspek keindahan semulajadinya, tetapi ia juga menyumbang kepada industri pelancongan tempatan, terutama sekali kepada pengusaha bot di Taman Negara Bako.


Sejarah Di Sebalik Batu Ikonik ‘Sea Stack’

Kepada anda yang belum pernah mengetahui tentang batu ikonik ini, jom kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang ‘Sea Stack’.

Memetik Harian Metro, batu ini juga dikenali sebagai ‘The Cobra Head Sea Stack’ atau Turus Laut Kepala Ular kerana bentuknya yang seakan-akan kepala ular jenis kobra.

Sumber: Facebook Sarawak Forestry Corporation (SFC)

Turus laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk dari kesan hakisan batuan pasir selama berjuta-juta tahun.

Formasinya yang unik dan indah telah memukau dan mempersonakan pandangan pengunjung yang datang melihatnya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 13 Tarikan Menarik Di Muzium Budaya Borneo Yang Anda Patut Cuba Sendiri

Baca Artikel Berkaitan: Team TRP Dihantar Untuk Terokai ‘Maling’ Atau Bandar Sibu, Sarawak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd