Now Reading
Ini 13 Tarikan Menarik Di Muzium Budaya Borneo Yang Anda Patut Cuba Sendiri

Ini 13 Tarikan Menarik Di Muzium Budaya Borneo Yang Anda Patut Cuba Sendiri

Tiket kemasukan untuk ke Muzium Budaya Borneo, Kuching, Sarawak ini adalah percuma sehingga bulan Mei 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebenarnya ada macam-macam tempat best di Sarawak. Berkeluasan 124,450 kilometer persegi, Bumi Kenyalang ini mempunyai banyak lokasi bersejarah dan tumpuan destinasi pelancongan.

Sebelum ini, team TRP sendiri telah menerokai Bandar Sibu, Sarawak selama tiga hari dua malam. Walaupun sekejap, tetapi pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan.

Rasanya macam tak cukup pergi tiga hari je.

BACA JUGA: Team TRP Dihantar Untuk Terokai ‘Maling’ Atau Bandar Sibu, Sarawak

Muzium Budaya Borneo

Salah satu tarikan lain di Sarawak yang baru sahaja dibuka pada 9 Mac lalu adalah Muzium Budaya Borneo.

Untuk pengetahuan anda, muzium ini adalah muzium kedua terbesar di Asia Tenggara dan yang paling besar di Malaysia!

Kalau korang berminat nak tahu ada apa dalam muzium ini, jom pergi? Sebab untuk tiga bulan pertama, kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.

Sumber: Borneo Talks

Apa yang menarik di Muzium Budaya Borneo ini?

Salah seorang pengguna Twitter (folkloreswifty) yang pernah mengunjungi muzium ini berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika di Muzium Budaya Borneo.

Antaranya:

1. Rasa ‘dekat’ dengan pengunjung

Walaupun hanya sekadar gambar, tetapi cara mereka menyampaikan mesej kepada pengunjung sangat menakjubkan. Kreativiti mereka membuatkan gambar dilihat timbul seperti tiga dimensi.

Cuba korang tengok video yang dimuat naik [DI SINI]. Memang nampak 3D dan best!

2. Gabungan seni lama dan baharu

Kalau zaman dahulu, kita ada wayang kulit. Sekarang, kita ada teknologi animasi.

Tapi dengan gabungan kedua-dua wayang kulit serta animasi akan membuatkan anda lebih terpukau. Tak percaya? Cuba lihat [DI SINI].

3. Gua berwarna

Bila sebut gua, mesti ramai yang terfikir tempatnya gelap kan? Tapi di Muzium Budaya Borneo, bila anda sentuh dinding gua ianya akan mengeluarkan warna dan maklumat menarik.

Tengok je pun dah seronok! Belum pergi lagi ni.

4. Virtual seolah-olah dalam realiti sebenar

Dengan teknologi canggih, anda boleh merasai seolah-olah sedang mempelajari proses penghasilan padi dan garam di Sarawak dalam realiti.

5. Projektor 360 darjah

Dengan adanya projektor menayangkan kawasan sekitar sungai dan replika bot yang disediakan, memang boleh feeling macam tengah water rafting.

Cuba tengok [DI SINI]. Best!

6. Ada motion sensor dan animasi sejarah

Bab-bab sejarah ni mesti ramai yang nak ‘skip’, betul tak? Tapi percayalah, dengan gabungan motion sensor dan animasi di Muzium Budaya Borneo, korang akan tertarik untuk mempelajari tentang sejarah negeri Sarawak.

Nak tahu bagaimana gabungan ini berfungsi? Jom tengok [DI SINI].

7. Manik Orang Ulu

Orang Sarawak juga terkenal dengan hiasan manik. Jadi, antara tarikan di sini adalah dengan animasi di mana manik-manik tersebut akan mengikut langkah anda.

Nampak simple je tapi orang dewasa pun boleh leka rasanya bila main benda ni.

Tak percaya? Cuba tengok [DI SINI].

8. Boleh belajar tentang sejarah peta Sarawak

Korang tahu tak? Sebenarnya Sarawak telah berusia 180 tahun dan telah saiznya telah berkembang sedikit demi sedikit sehingga hari ini.

Korang boleh tengok sendiri macam mana Sarawak membesar menerusi animasi yang disediakan.

9. Boleh merasai kewujudan burung

Selalunya kalau di muzium biasa, kita cuma dapat lihat replika haiwan sahaja. Tetapi di sini, burung tersebut akan membuat bunyi kicauan apabila anda mendekati mereka.

Rasa macam real betul!

10. Pameran topeng suku kaum borneo

Sarawak terkenal dengan banyak suku kaum mereka dan setiapnya mempunyai topeng yang berbeza-beza.

11. Dokumen paling bersejarah dalam pembentukan Malaysia

Suatu ketika dahulu, pembentukan Malaysia adalah gabungan daripada Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah, Sarawak dan Singapura.

Di Muzium Budaya Borneo ini, korang boleh tengok sendiri dokumen bersejarah yang dahulunya pernah dibaca oleh Stephen Kalong Ningkan ketika kemerdekaan di Sarawak.

12. Gunakan tablet untuk tahu setiap label

Kebiasaannya, muzium akan menggunakan papan tanda biasa untuk memberikan maklumat kepada pengunjung.

Tetapi di sini, korang berpeluang merasai pengalaman yang berbeza dengan adanya tablet canggih untuk memberi pengetahun melalui “touch screen”.

13. Boleh bau hasil hutan zaman dahulu

Masyarakat dahulu melakukan aktiviti bertukar barang yang dikenali sebagai sistem barter.

Salah satu barangan yang diperdagangkan adalah dengan menggunakan hasil hutan di Sarawak bagi mendapatkan manik dari negara lain.

Di muzium ini, anda berpeluang untuk bau sendiri hasil hutan yang suatu ketika dahulu pernah dihasilkan sendiri oleh orang tempatan.


Boleh tempah tiket online je!

Muzium ini memang lain daripada yang lain!

Kalau korang berminat untuk melawat muzium ini, boleh tempah tiket di pautan https://museum.sarawak.gov.my/ selewat-lewatnya jam empat petang sehari sebelum tarikh yang dipilih.

Kalau nak walk-in pun boleh, tapi tempat adalah terhad.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd