Team TRP Dihantar Untuk Terokai ‘Maling’ Atau Bandar Sibu, Sarawak
“Selamat Datai Ke Sibu!” = maksudnya “Selamat Datang Ke Sibu!”


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Baru-baru ini, team TRP diberikan tugasan untuk terokai Bandar Sibu, Sarawak selama 3H2M. Memang sekejap, tapi percayalah pelbagai jenis aktiviti yang kami dapat lakukan sepanjang tiga hari di sana.
Pendek kata, kalau pandai cari tempat menarik, memang FUN.

Tapi sebelum itu, kami cerita serba sedikit tentang sejarah bandar Sibu ini.
Sibu dikenali sebagai ‘Maling’.
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai ‘Maling’ disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling.
Menurut sumber, Sibu merupakan bandar yang utama di sepanjang Sungai Rejang. Pada masa itu, Sibu hanya merupakan sebuah kampung Melayu yang kecil di mana rumah mereka diperbuat daripada rumah kayu dan tidak jauh dari situ terdapat pasar orang cina.
Pada 1 Jun 1841, Raja Putih, Charles Brooke menjadikan Sibu sebagai division ketiga. Nama Sibu adalah diambil oleh sejenis rambutan yang dipanggil ‘Buah Sibau’ dalam bahasa Iban.
‘Sibau’ merupakan buah-buahan kegemaran orang Iban yang mirip kepada rambutan dan banyak terdapat di Sibu. (See Hua Daily News | 1993).
Sebelum tahun 2000, bandar Sibu masih menjadi bandar kedua besar di Sarawak.
Kini Sibu menjadi menjadi bandar yang ketiga besar di Sarawak selepas bandar Kuching dan Miri (Miri menjadi bandaraya pada 20 May 2005).
Bab-bab sejarah sikit je lah kami cerita, okay? Sekarang jom tengok apa yang team TRP telah lakukan sepanjang keberadaan kami di Sibu.
“Selamat Datai Ke Sibu!” = maksudnya “Selamat Datang Ke Sibu!”
Day One.
Setibanya kami di Sibu, cuaca agak tidak mengizinkan untuk kami meneroka tempat-tempat yang sepatutnya kami tuju iaitu Fuzhow Heritage Trail dan Rajang Sunset Cruise.
Sampai je Sibu, hujan dan gelap. Macam mana nak tengok sunset.
Jadi kami bagi gambar Google je lah okay?


Hari pertama kami sampai, kami terus pergi ke Sibu Night Market.
Menarik juga bila tengok peniaga-peniaga di sana dan susunan gerai yang dibuka. Untuk makanan halal, ada barisan tertentu. Makanan tidak halal pun ada barisan tertentu.
Barulah tak keliru dan tersalah beli.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Waktu ini hujan, jadi kami hanya berkesempatan pusing sekejap sahaja sebab semakin lama, hujan semakin lebat. Berlari-lari team kami dengan kamera dan payung.
Kalut sekejap.
Selepas Sibu Night Market, kami terus dibawa untuk menjamu makan malam.
Menu kami: Laksa Sarawak & Cendol Gula Apong. Fuh, memang *chef’s kiss*

Selesai makan malam, kami terus balik ke hotel. Oh! Kami menginap di RH Hotel Sibu iaitu hotel 4-star dan antara hotel terbaik di sana.
Bilik pun besar, bersih dan selesa sebab kami tidur lena betul malam itu.

Day Two.
Hari kedua adalah hari yang paling memenatkan dan mencabar buat kami.
Jika mengikut itinerari yang disediakan oleh Sarawak Tourism, selepas makan pagi kami dibawa untuk terokai ‘Food Basket’ di Sungai Rajang, Sarikei.
Perjalanan dari hotel kami lebih kurang satu jam lebih (58.3km).

(Sumber: Siti Murni/TRP)

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Setel tengok-tengok buah, kami terus menuju ke Rumah Panjang di Ulu Sarikei. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang satu jam lebih juga.
Rumah Panjang ini memang dalam pendalaman sangat, nak masuk tu lebih kurang 20 minit juga rasanya.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Ini merupakan pengalaman pertama kami di Rumah Panjang. Bila tengok mereka tinggal di bawah satu bumbung macam ini, memang begitu unik. Mana tidaknya, dalam satu rumah ada lebih 20 keluarga.
Rumah masing-masing dipanggil ‘bilik’, bukan ‘rumah’.
Contoh kalau dia nak jemput masuk rumah mereka, mereka akan sebut, “Saya nak ajak kamu minum di bilik saya”.
Jangan salah faham pula.
Jungle trekking untuk ke air terjun ‘Wong Pala Munsoh’.
Ini merupakan antara pengalaman paling mencabar dan bermakna buat kami. Kami masuk ke dalam hutan untuk mencari air terjun paling popular iaitu Wong Pala Munsoh.
Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih.
Ini baru betul-betul teamwork! Waktu dalam hutan memang pelbagai jenis rintangan yang kami lalui, tapi disebabkan kami bersama dengan orang-orang yang berpengalaman di hutan tersebut, segalanya menjadi lebih mudah.
(Ada yang kasut tercabut tapak, sesat, hampir tergelincir, kena kejar tebuan dan sebagainya.)
Kalau pengsan dalam hutan pun, dia boleh tolong angkat bawa turun.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Penduduk lokal di sana siap sediakan makan tengahari buat kami. Nasi lauk ayam dan sup yang dimasak menggunakan buluh dan dipanaskan serta-merta menggunakan unggun api.
Maklumlah, tenaga kami bila sampai di atas dah tinggal 20%, so kena makan!

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Sekian, pengalaman kami jungle trekking selama hampir 6 jam dan berjaya mencapai 14,000 langkah pada hari tersebut.
Longgaq terus kaki oi!
Day Three.
Setibanya hari terakhir kami di Sibu, aktiviti terakhir kami adalah melawat kilang membuat Mee Sua. Bukan untuk makan, tapi untuk melihat sendiri proses pembuatan Mee Sua dan kami pun apa lagi, mestilah kena cuba buat juga.
Tunjuk sikit bakal terpendam, mana tahu expert!

(Sumber: Siti Murni/TRP)
FUN FACT: Menu Mee Sua ini merupakan menu yang akan dijamu untuk makan pagi oleh pasangan suami isteri setelah lahirnya anak pertama mereka. Dan kebiasaannya, tetamu yang hadir akan menghulurkan angpao.
Menarik kan? 🙂
Maka selesailah segala aktiviti kami selama tiga hari berada di Sibu!
Sarawak Tourism Board (STB) dan Malaysia Aviation Group (MAG) memeterai usahasama untuk mempromosikan Sarawak buat tahun 2022 ini.
Sarawak kini lebih bersedia untuk menjadi destinasi pilihan pengembara domestik dan antarabangsa apabila Sarawak Tourism Board (STB) dan Malaysia Aviation Group (MAG) memeterai usahasama selama setahun untuk mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pada 2022.
Kerjasama itu termeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Puan Sharzede Datu Haji Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak dan Cik Lau Yin May, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan, Malaysia Airlines Berhad.

Sebagai sebahagian daripada MoU, STB dan MAG akan bekerjasama untuk memasarkan dan mempromosikan acara antara STB, Malaysia Airlines Berhad, Firefly, MASwings dan MHholidays.
Kedua-dua organisasi juga akan bekerjasama antara organisasi untuk aktiviti pelancongan Sarawak, aktiviti tanggungjawab sosial korporat, dan kolaborasi-kolaborasi lain.
Ketersambungan dan kebolehcapaian adalah elemen penting untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dan meletakkan Sarawak sebagai destinasi utama untuk eko-pelancongan di Rantau ASEAN. Selain itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak baru-baru ini mengumumkan bahawa Sarawak telah meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan domestik ke Sarawak daripada 307 penerbangan kepada 562 penerbangan seminggu berkuat kuasa 14 Jan 2022. Kami berharap untuk melihat lebih banyak laluan terus dari Malaysia Barat dan kawasan-kawasan di Sarawak tidak lama lagi.
Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak.
Mengulas lanjut, Puan Sharzede Datuk Haji Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak berkata melalui kerjasama antara STB dan MAG ini, akan ada peningkatan ketersambungan ke Sarawak dengan lebih banyak penerbangan terus dari Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur untuk dinanti-nantikan.
Sepanjang tahun lalu, Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings telah berusaha meningkatkan ketersambungan ke Sarawak dan antara daerah dengan membuka penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching dan meningkatkan frekuensi antara Miri-Sibu-Bintulu yang akan menyediakan mobiliti lebih besar ke negeri ini bagi merancakkan lagi pelancongan domestik di Sarawak.
Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Penerbangan Malaysia.
Tempoh tempahan bagi kempen perjalanan antara negeri Sia Sitok Sarawak Plus bermula dari 19 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022 dengan tempoh perjalanan dari 19 Januari hingga 30 April 2022.
Layari laman web malaysiaairlines.com atau muat turun Aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklumat terkini.
Pastikan anda tidak terlepas promosi eksklusif Sia Sitok Sarawak Plus ini!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.