Now Reading
Kanak-kanak Cilik Borak Tentang Hukum ‘Flex’ Harta Bikin Ramai Kagum

Kanak-kanak Cilik Borak Tentang Hukum ‘Flex’ Harta Bikin Ramai Kagum

Menurut seorang budak lelaki dikenali sebagai Fateh, rakan-rakannya di sekolah sering bercakap besar tentang kekayaan dimiliki oleh ibu bapa mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia, sudah menjadi kebiasaan apabila diri sendiri diuji dengan kemewahan hidup. Ada di kalangan masyarakat hidup secara sederhana dan ada juga yang selesa dengan kekayaan sedia ada.

Bagaimanapun, kekayaan diperoleh kadangkala membuatkan seseorang itu mempunyai keinginan untuk menunjuk tanpa menyedari sikap sebegitu adalah dilarang dalam agama Islam.


Kanak-kanak Kecewa Dengan Sikap Rakan Yang Suka Menunjuk

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@fazrulazreen), menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Fateh sedang bercerita satu kisah dengan bapanya di dalam sebuah kereta.

Menerusi video itu, Fateh berkata rakan-rakannya di sekolah sering ‘bercakap besar’ dan menunjuk kekayaan dimiliki di depannya. Antara perkara yang sering ditayang pada Fateh adalah duit, rumah yang besar dan kereta mewah model Tesla.

Kecewa dengan sikap berlagak itu, Fateh dilihat mengucap dan berkata kekayaan tersebut tidak sepatutnya ditayangkan kerana ia adalah milik ibu bapa rakannya itu.

Itu kereta ibu bapa bukannya dia (rakan) punya. Kenapa mereka nak berasa bangga? Allah kan suruh kita jadi ‘humble’.

Fateh.

Malah di akhir perkongsian berkenaan, budak lelaki tersebut sempat berkata bahawa Allah SWT mengajar hamba untuk bersikap merendah diri dan bukannya menunjukkan harta di khalayak ramai.


Netizen Kagum Dengan Pemikiran Matang Fateh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum terhadap kepandaian Fateh yang sering mengaitkan sesuatu perkara dengan larangan dan perintah Rasulullah SAW.

“Dia adalah seorang yang baik, semua perkara dia akan kaitkan dengan apa yang Rasulullah katakan. Membesar sebagai anak yang baik ya dan jadi pejuang Rasulullah SAW,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@fazrulazreen)

Tidak sangka dengan kepetahan kanak-kanak dalam memberi nasihat, seorang pengguna laman TikTok bertanya kepada si ayah sama ada dia melatih Fateh untuk berbicara seperti itu.

“Do you prep him? Atau ni adalah momen yang spontan? Dia sangat comel lah,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fazrulazreen)

Dengan pemikiran matang yang ditunjukkan oleh Fateh, sesetengah netizen berpendapat bahawa budak lelaki itu akan membesar dengan baik ketika sudah meningkat dewasa.

“Subhanallah. Awak akan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang, Insya-Allah,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@fazrulazreen)

Hukum Menunjukkan Kekayaan

Seperti mana yang pernah diperjelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi laman YouTube, hukum menunjukkan kekayaan di kalangan masyarakat adalah tidak dibenarkan.

Hal ini kerana sikap sebegitu akan menimbulkan ‘khuyala’ iaitu individu akan berasa rendah hati dan sedih sehingga ada yang menyalahkan Allah SWT tentang status kekayaan dirinya.

Namun begitu, kekayaan yang tidak dipamerkan di khalayak ramai tetapi disedari sendiri oleh orang awam tidak menjadi satu kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: Tayang Kekayaan Luar Biasa, Artis Wanita Kini Dalam Pemantauan Bank Negara

Baca Artikel Berkaitan: “Gemar menunjuk-nunjuk!” – Hattan Tegur Instafamous, Selebriti Menunjuk Dapat Rentas Negeri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd