Now Reading
“Lebih Laju & Upbeat” – Netizen Throwback Lagu Negaraku Versi Lama

“Lebih Laju & Upbeat” – Netizen Throwback Lagu Negaraku Versi Lama

Seorang lelaki dikenali sebagai Syahrul berkata lagu Negaraku yang diubah dengan iringan ‘marching tone’ adalah lebih bersemangat dan terbaik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, lagu Negaraku merupakan lagu kebangsaan Malaysia yang menekankan taat setia, perpaduan rakyat dan kemajuan negara. Lagu yang menjadi kebanggaan warga tempatan itu juga telah diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat sejak di bangku sekolah lagi.

Namun adakah anda tahu bahawa lagu itu sebenarnya memiliki beberapa versi yang berbeza?


Lelaki Beri Pandangan Tentang Lagu Negaraku Versi Laju

Baru-baru ini tular satu ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @syahrul_asyraf), apabila dia berkongsi sebuah klip video memaparkan lagu ‘Negaraku’ yang diguna pakai sewaktu zaman dia membesar.

Lagu Negaraku versi itu diiringi dengan ton latar belakang muzik seolah-olah kendengaran seperti individu sedang berarak (marching tone).

Jelas pemilik akaun dikenali sebagai Syahrul, lagu versi tersebut adalah lebih laju, jelas dan bersemangat kalau dibandingkan dengan lagu Negaraku pada ketika ini.

Versi lagu Negaraku paling terbaik untuk aku. Laju, jelas, bersemangat dan tak meleret.

Syahrul Asyraf.
https://twitter.com/syahrul_asyraf/status/1754010776799691209?s=46&t=Jv5kUixr15PW_awl5DDbnw

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Versi Lagu Negaraku

Menjengah ke ruangan balas, sesetengah netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Syahrul di mana lagu Negaraku versi itu adalah lebih bersemangat.

“Zaman sekolah rendah menengah dulu, pihak sekolah guna versi ini sebab nak cepat. Tapi versi ni memang best,” ujar warganet.

Sumber: X

Namun begitu, ramai juga di kalangan orang ramai yang lebih menggemari versi lagu Negaraku digunakan pada hari ini iaitu memiliki rentak dan irama seakan okestra serta lebih perlahan.

“Kalau ikut pendapat saya, versi perlahan lagi best. Semasa nyanyi tu, kau boleh hayati setiap lirik. Dalam masa sama, kau boleh teringat dan terfikir tentang kisah-kisah Malaysia. Lagi-lagi kalau mewakili negara, rasa nak bergenang air mata,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Malah ada juga yang berpendapat Negaraku versi kini lebih syahdu dan sesuai untuk dinyanyikan semasa Hari Kemerdekaan Malaysia.

“Versi slow ni lebih baik. Kalau pernah join Hari Kemerdekaan, akan lebih terasa dia punya vibe semangat cintakan negara,” jelas seorang individu.

Sumber: X

Asal Usul Lagu Negaraku

Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri pertama Malaysia memutuskan bahawa sebuah lagu kebangsaan perlu dicipta sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Ketika itu, satu jawatankuasa dipengerusikan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman telah membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu kebesaran negeri sedia ada bagi memilih lagu yang sesuai dijadikan lagu kebangsaan.

Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak disifatkan sebagai lagu paling sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara. Pada 5 Ogos 1957, lagu kebesaran negeri Perak ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ telah dipilih menjadi lagu kebangsaan kerana dikatakan mempunyai unsur kemelayuan.

Tajuk dan seni kata lagu kebangsaan kemudiannya perlu ditambah baik. Susulan itu, kerajaan telah menawarkan RM1,000 kepada penggubah untuk mencipta seni kata lagu kebangsaan di mana ia telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Gubahan lagu itu juga tersedia dalam tiga versi berbeza.

Untuk info, rentak lagu Negaraku yang memiliki ‘marching tone’ pula telah ditukar oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos 2003.

Baca Artikel Berkaitan: Netizens Are Feeling Goosebumps From This Viral Video Of Malaysians Standing In Attention For Negaraku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd