Now Reading
Ini Kompilasi 5 Berita Hangat Untuk 5 Februari 2024

Ini Kompilasi 5 Berita Hangat Untuk 5 Februari 2024

Kalau terlepas cerita viral dan berita hari ini, boleh baca recap di bawah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari pertama untuk minggu ini, 5 Februari 2024 (Isnin) – banyak sungguh berita dan cerita hangat yang diperbahaskan di media sosial. Sampaikan tak cukup tangan untuk kami menulis satu per satu.

Tapi tak mengapa, untuk anda yang mungkin terlalu sibuk di tempat kerja atau menelaah pelajaran, kami menyediakan kompilasi cerita-cerita hangat ini untuk anda semua recap balik.


#1. Anggota Polis Berpangkat Sarjan Miliki RM3,313 Wang Tunai Masa Buat Roadblock

Semalam (4 Februari), seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah diambil tindakan susulan didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 ketika mengadakan sekatan jalan raya (road block) di waktu pagi, hari yang sama.

Menurut laporan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan bahawa wang tunai itu telah ditemui oleh sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang menjalankan pemantauan.

Mengulas lanjut, satu kertas siasatan tatatertib telahpun dibuka bagi mengenal pasti sumber wang tunai berkenaan ada melibatkan unsur rasuah ataupun tidak.

Baca Artikel Penuh: Anggota Polis Miliki Wang Tunai RM3,313 Ketika Roadblock


#2. ‘Energy Stick’ Dijual Di Pasaran, KKM Bakal Ambil Tindakan

Terbaharu, tular satu jenis produk jualan yang diberi nama ‘Energy Stick’ berbentuk segi empat, bersaiz seperti pemetik api dan mempunyai dua corong untuk dimasukkan ke dalam hidung.

Barangan tersebut yang semakin popular dalam kalangan pelajar sekolah itu dipercayai dijual di media sosial dengan harga sekitar RM2.50 hingga RM10.

Memetik Berita Harian, KKM menerusi menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak mereka akan mengambil tindakan segera bagi membendung penjualan ‘Energy Stick’ ini yang semakin tular dipromosikan di media sosial.

Baca Artikel Penuh: Tular Peniaga Didakwa Jual ‘Energy Stick’ Di Media Sosial, KKM Bakal Ambil Tindakan


#3. Anwar Ibrahim Minta Orang Ramai Berhenti Bahas Isu Pengurangan Hukuman Najib

Hari ini (5 Februari), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata menyalahkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Perdana Menteri, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar kerana ia merupakan keputusan baginda.

Kata beliau, sesiapa sahaja tidak boleh menuntut penjelasan daripada Lembaga Pengampunan yang dipengerusi dan diputuskan oleh YDPA.

“Itu kena faham, ia bukan diputuskan Lembaga Pengampunan, kalau nak tanya, sila buat memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar meminta semua pihak berkaitan menghentikan perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung kes Lembaga Pengampunan melibatkan Najib. Hal ini kerana, pengurangan hukuman kepada Najib dilakukan atas pertimbangan ihsan YDPA sendiri dan ia adalah muktamad.

Baca Artikel Penuh: “Keputusan YDPA Muktamad, Henti Bahas Isu Pengurangan Hukuman Najib” – PMX


#4. Wanita Pijak Pokok Jiran Sebab Halang Laluan Untuk Keluar Kereta

Tular satu hantaran di laman TikTok (@annzzle), menyaksikan seorang wanita dan seorang lelaki sedang turun daripada kereta jenis model Honda HR-V selepas meletakkan kenderaan di lorong jalan.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) dikongsi, wanita yang turun daripada tempat duduk penumpang itu dilihat sedang memeriksa keadaan pintu dipercayai tercalar akibat pokok tumbuhan berdekatan.

Wanita tersebut kemudian memijak pokok tumbuhan tersebut sehinggalah batangnya terpatah.

Ada juga ya perangai macam ini.

Baca Artikel Penuh: Wanita Pijak Pokok Jiran Lepas Parkir Kereta Undang Perhatian Ramai


#5. Kelantan Adakan Solat Hajat Di Jambatan Tendong

Salah satu jambatan yang menjadi lokasi terjun adalah Jambatan Tendong yang terletak di Pasir Mas. Oleh yang demikian, kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan solat hajat di jambatan berkenaan hari ini (5 Februari 2024).

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, solat hajat seharusnya boleh dilakukan di mana-mana, namun jambatan tersebut dipilih oleh kerajaan negeri kerana kini kerap menjadi lokasi individu terjun.

Diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang, solat hajat tersebut telah dihadiri lebih 500 orang jemaah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan turut hadir ke majlis berkenaan.

Baca Artikel Penuh: Kelantan Buat Solat Hajat Di Jambatan Tendong Setelah 4 Kes Terjun Sejak 2021


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd