Now Reading
Anggota Polis Miliki Wang Tunai RM3,313 Ketika Roadblock

Anggota Polis Miliki Wang Tunai RM3,313 Ketika Roadblock

Kesemua anggota yang terlibat kini sedang disiasat dan bakal dikeluarkan daripada tugasan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (4 Februari), seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah diambil tindakan susulan didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 ketika mengadakan sekatan jalan raya (road block) di waktu pagi, hari yang sama.

Menurut laporan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan bahawa wang tunai itu telah ditemui oleh sepasukan polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang menjalankan pemantauan.

“Saya mengesahkan pemeriksaan itu dijalankan pihak JIPS di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 2.30 pagi terhadap sebuah unit trafik yang sedang menjalankan Op Alkohol di sini.

“Pemeriksaan dijalankan pasukan JIPS mendapati seorang daripada anggota trafik terbabit memiliki wang tunai sebanyak RM3,313 dan juga RM404 tunai yang ditemui di dalam kereta,” jelasnya.


Kertas Siasatan Telah Dibuka

Mengulas lanjut, satu kertas siasatan tatatertib telahpun dibuka bagi mengenal pasti sumber wang tunai berkenaan ada melibatkan unsur rasuah ataupun tidak.

Kesemua anggota yang terlibat kini sedang disiasat dan bakal dikeluarkan daripada tugasan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dilakukan.


Sarjan Wanita Pernah Didakwa Terima Rasuah

Pada 30 Januari lalu, seorang sarjan polis wanita telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya untuk kesalahan cabul, pada dua tahun lalu.

Memetik Sinar Harian, Nur Mastisha Maidinsha, 39, mengaku tidak bersalah telah secara rasuah memperoleh satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas anak lelakinya bagi kesalahan cabut.

Wanita berkenaan bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak di Batu 9, Cheras, pada jam 8.05 malam, bertarikh 12 Oktober 2022.


Akta Pemberi & Penerima Rasuah

Untuk info, kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuah jika disabitkan- di mana seseorang itu bakal berdepan dengan hukuman berat termasuklah dipenjara dan juga didenda.

Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) menetapkan perbuatan memberi atau menawarkan rasuah sama beratnya dengan kesalahan menerima rasuah.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah dengan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd