Now Reading
“Kualiti Reban Ayam” – Netizen Berang Rumah Baharu Tetapi Tembok Pagar Dah Pecah & Dalamnya Dipenuhi Sampah

“Kualiti Reban Ayam” – Netizen Berang Rumah Baharu Tetapi Tembok Pagar Dah Pecah & Dalamnya Dipenuhi Sampah

Selain hampir dihempap pagar besi, tuan rumah juga mendapati terdapat sampah sarap di dalam struktur tembok pagar yang pecah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mempunyai kediaman sendiri adalah impian sesiapa sahaja. Justeru, buat mereka yang baru memiliki rumah, pasti anda akan berasa gembira ketika pertama kali menjejakkan kaki ke ‘syurga’ itu.

Namun begitu, lain pula terjadi kepada seorang pemilik rumah apabila dia mendapati kediamannya yang baru siap dibina mempunyai ‘defect’ melampau.


Tembok Pagar Rumah Penuh Dengan Sampah

Menerusi perkongsian tular di laman X (Twitter @sidchan), kelihatan sebuah pagar rumah telah tumbang manakala temboknya pula pecah. Difahamkan kejadian berlaku di sebuah taman perumahan baru sekitar Kluang, Johor.

Seperti kebiasaannya, bahagian dalam tembok akan dipenuhi dengan simen atau batu-bata. Namun lain pula yang berlaku apabila pemilik rumah mendapati terdapat sampah-sarap di dalam tembok pagar yang pecah kepada dua bahagian itu.

Jelas pengguna X dikenali sebagi Sid itu, kelalaian pihak pemaju telah mengundang bahaya di mana tuan rumah hampir dihempap dengan pagar besi yang tumbang.

Kalau nak untung lebih janganlah buat seperti ini. Niaya pembeli. Tuan rumah nyaris dihempap pagar tu. Tiang pagar diisi sampah sarap je!

Pengguna X (@sidchan).

Netizen Berang Dengan Kerja Sambil Lewa Oleh Pemaju

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap pekerja serta pemaju yang dipercayai melakukan kerja secara sambil lewa.

“Perkara ini amat tidak bertanggungjawab. Pemaju perlu bertanggungjawab terhadap kualiti perumahan yang disediakan untuk pelanggan,” ujar seorang individu.

Sumber: X

Sementara itu, ada juga yang tidak berpuas hati apabila pembeli mendapat rumah baru tidak berkualiti walhal sudah berhabis duit yang banyak.

“Rumah mahal tetapi kualiti macam reban ayam. Reban ayam pun lagi baik la. Developer aniaya orang macam ni, neraka paling atas la tempat kau,” kata seorang warganet.

Sumber: X

Tidak Semestinya Salah Developer

Namun ada juga yang berpendapat insiden sebegini bukanlah salah pemaju 100%, sebaliknya ia mungkin disebabkan masalah dalaman sesama pekerja.

Sumber: X

Dalam pada itu, ada di kalangan pengguna laman X yang sempat memberikan tips kepada orang ramai yang berhasrat untuk mencari rumah baru.

“Tips daripada pengalaman aku, sebolehnya kalau nak elak bangunan murah macam ni, cuba ketuk-ketuk sikit dinding dan tiang rumah. Kita boleh bezakan (sama ada) kekukuhan tiang atau dinding tu sampai ke dalam atau permukaannya sahaja,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

Kes Defect Pada Rumah Baru Sering Kali Berlaku

Sejak kebelakangan ini, banyak pula kes dimana rumah baru siap dibina mempunyai banyak cacat cela. Seperti yang dikongsikan di laman TikTok (@dr.defectmalaysia), kelihatan bahagian beam pada sebuah rumah baru mengalami ‘defect’ di mana ada batang besi terkeluar.

Bukan itu sahaja, beam-beam rumah tersebut juga dilihat tidak bersambung antara satu sama lain akibat tidak dikonkrit dengan sempurna. Kecacatan pada bahagian beam itu kemudiannya akan menyebabkan struktur rumah baru itu tidak kukuh.

Malah, siling rumah turut berada dalam keadaan yang teruk di mana ianya terkoyak.

Buat anda yang sedang mencari kediaman subsale, jangan lupa periksa keadaan sekeliling rumah sebelum membeli supaya dapat menganggar kos baik pulih.

Namun buat anda yang membeli rumah terus dari developer, periksa rumah ketika pertama kali menjejakkan kaki ke dalamnya. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan kerugian dan meminta pemaju untuk membaikinya terlebih dahulu.

Baca Artikel Berkaitan: Berperang Mulut Dengan Pemaju Untuk Betulkan Rumah? Ini Langkah Yang Boleh Anda Lakukan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd