Now Reading
Gadis ‘Diceramah’ Ibu Kekasih Gara-gara Selalu Buat Konten, Doktor Dakwa Ia Sekadar Muslihat

Gadis ‘Diceramah’ Ibu Kekasih Gara-gara Selalu Buat Konten, Doktor Dakwa Ia Sekadar Muslihat

Seorang gadis dikenali sebagai Sofia tular di media sosial selepas memuat naik video menyaksikan dia dimarahi oleh ibu kekasih disebabkan terlalu kerap membuat konten.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada abad ke-21 ini, rata-rata orang ramai khususnya golongan muda dilihat tidak terlepas dengan hiburan dunia alam maya di mana mereka gemar memuat naik konten. Tidak kiralah konten tentang makanan, vlog rutin harian dan sebagainya.

Namun begitu, penghasilan konten yang terlalu kerap telah menimbulkan kemudaratan buat seorang gadis.


Gadis Dimarahi Ibu Kekasih Kerana Kerap Buat Konten

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@Sofiaaary) menyaksikan seorang gadis dikenali sebagai Sofia bersama ibu kekasihnya berada di dalam sebuah kereta.

Menerusi hantaran tersebut, Sofia telah meminta izin daripada calon ibu mertuanya untuk merakam sebuah konten. Namun lain pula yang terjadi apabila Sofia telah ‘diceramah’ kerana sikapnya yang terlalu aktif di media sosial dan kerap membuat konten.

Sofia juga dikatakan sering menunjukkan serta mendedahkan rutin hariannya kepada orang awam menerusi platform atas talian.

Jelas ibu kepada kekasih bernama Aliff, dia tidak berasa selesa dengan kelakuan Sofia yang sentiasa menunjuk di media sosial selain meminta dia menjauhi anak lelaki tunggalnya.

Video itu bagaimanapun telah mengundang perhatian warganet selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @bckupacc99).

Sumber: TikTok (@Sofiaaary)

Netizen Setuju Dengan Teguran Ibu Aliff

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berkata mereka bersetuju dengan rintihan ibu Aliff kerana Sofia masih menggunakan situasi tersebut sebagai konten walaupun sudah ditegur.

“Betul apa yang mak Aliff cakap, ‘semua benda awak nak expose dekat social media’. Boom! Lepas mak Aliff pergi, dia ambil gambar stereng kereta, edit video rakaman perbualan selepas itu muat naik dekat media sosial,” kata seorang lelaki.

Sumber: X

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa Sofia memang sepatutnya ditegur akibat terlalu taksub bagi menghasilkan sebuah konten.

“Bagus lah, sikit-sikit nak buat konten. Biar kena sound macam ni baru ada akal,” ujar seorang warganet.

Sumber: X

Doktor Dedah Sofia Tak Buat Banyak Konten Seperti Diperkatakan

Namun begitu, hantaran tersebut telah mencetuskan perdebatan apabila seorang doktor dan influencer, Dr Alpha Zaki menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya (@alepza11) mendedahkan ‘plot twist’ di sebalik kisah itu.

Menurutnya, ibu kepada Aliff berkata bahawa Sofia sering melakukan konten. Walau bagaimanapun, doktor itu mendapati TikTok milik Sofia hanya mempunyai dua video sahaja.

Persoalan aku platform media sosial yang mana? Apakah yang Sofia exposed? Sebab dalam TikTok kau hanya ada dua video termasuklah yang tu (video tular). Dalam Instagram ada juga gambar, tetapi foto yang elok, bermaruah dan menutup aurat. Bagi aku kalau orang tua tengok okay je, tiada masalah.

Dr Alpha Zaki.

Doktor Dakwa Sofia Buat Bisnes MLM

Dalam pada itu, doktor itu juga menunjukkan bio yang disertakan oleh Sofia di ruangan profil akaun Instagramnya.

Pada bio tersebut, terdapat satu kenyataan di mana Sofia mengajak orang ramai untuk menjana pendapatan. Namun, perkara itu menimbulkan kecurigaan kerana Sofia tidak memaparkan produk dijual atau servis yang dijalankan.

Dr Alpha Zaki kemudian mendakwa gadis itu menjalankan bisnes MLM (Multi Level Marketing) yang terkenal dengan isu modus operandi dan menipu orang.

Perkara yang membuatkan doktor itu yakin bahawa Sofia ialah seorang scammer adalah apabila dia memaklumkan jumlah modal untuk menyertai kumpulannya iaitu sebanyak RM306. Tambahnya, modal bisnes berjumlah RM306 amatlah berkait rapat dengan bisnes MLM.

Di akhir perkongsian tersebut, Dr Alpha Zaki sempat menasihatkan Sofia agar dia segera menghentikan bisnes itu dan mencari rezeki dengan cara yang betul.

Sumber: TikTok (@alepza11)

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tekan Link Tu” – Neelofa Dedah Scammer Guna Artikel Palsu Tentangnya Untuk Curi Duit Mangsa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dynas Mokhtar Dedah Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Kesan Ada Transaksi Pelik Guna Matawang Asing

Baca Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Buat Laporan Polis Lepas Scammer Salah Guna Foto Untuk Skim Pelaburan Palsu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd