Now Reading
[Video] Dynas Mokhtar Dedah Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Kesan Ada Transaksi Pelik Guna Matawang Asing

[Video] Dynas Mokhtar Dedah Duit Dalam Akaun Bank Lesap, Kesan Ada Transaksi Pelik Guna Matawang Asing

Dynas Mokhtar memaklumkan dia tidak menekan pautan atau mengangkat panggilan telefon tidak dikenali tetapi masih menjadi mangsa penjenayah sehingga kehilangan hampir kesemua wang dalam akaun bank.

duit dalam bank dynas mokhtar hilang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kehilangan wang di dalam bank secara atas talian bukan satu perkara baru di negara kita.

Kebiasaannya perkara ini berlaku disebabkan mangsa menekan pautan yang tidak sah atau terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian sehingga duit simpanan berjumlah puluhan dan ratusan ribu lesap sekelip mata.


Dynas Mokhtar Terkejut Hampir Kesemua Wang Dalam Bank Hilang Tiba-tiba

Terbaharu, pelakon wanita tempatan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar meluahkan rasa terkejut selepas dipercayai telah menjadi mangsa jenayah kecurian wang secara atas talian.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@dynasmokhtar), pelakon ini berputih mata selepas melihat hampir kesemua wang simpanan dalam akaun bank peribadi miliknya telah lesap.

Insiden ini hanya disedari beberapa hari lalu ketika ingin membayar gaji kepada pembantu peribadinya.

Menurut Dynas, dia tidak ada mengangkat sebarang panggilan tidak dikenali, tidak menekan apa-apa pautan dan juga tidak memberikan kad bank kepada individu lain.

Terkejut dengan apa yang berlaku, Dynas terus menyemak penyata kewangan dari bank tersebut dan mendapati terdapat beberapa transaksi yang meragukan termasuklah matawang dari negara lain seperti Hong Kong Dollar.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat dan kes tersebut kini dalam siasatan.

Saya tak pernah ada kad kredit. Saya fikir kad debit lebih selamat kerana kita tak berhutang.

Dynas Mokhtar.

Walaupun sudah cuba mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah, Dynas berasa sedih kerana masih terdapat taktik tersembunyi yang dilakukan oleh mereka untuk mencuri wang.

Dynas turut berharap agar wang simpanannya itu boleh didapatkan semula selepas berhubung dengan pihak bank berkaitan.

Saya tak nak orang lain pun kena benda yang sama. Sekarang ni bukan lagi pasal tekan pautan dan sebagainya. Nombor pada kad debit pun kena berhati-hati. Jangan letak duit banyak sangat dalam akaun yang ada kad. Kalau ada kad debit, jangan letak duit banyak sangat dalam tu. Letak di tempat yang lagi selamat.

Dynas Mokhtar

Di akhir video, Dynas turut mempersoalkan tentang tahap keselamatan melibatkan urusan wang tanpa tunai (cashless) yang sedang diamalkan pada zaman ini.


Cara Untuk Mendapatkan Semula Wang Yang Hilang Dalam Akaun Bank

Sebelum ini, seorang pengguna di laman X (Twitter @anisssurayaaa) telah berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil bagi mendapatkan semula wang anda yang hilang dalam akaun bank.

Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

  • Hubungi nombor di belakang kad bank anda.
  • Screenshot segala transaksi yang tidak dikenali.
  • Muat naik borang ‘Dispute Form’ sebagai langkah bertulis untuk menafikan segala transaksi yang berlaku mendapat keizinan anda.
  • Menghantar borang ‘Dispute Form’ kepada pihak bank melalui e-mel.
  • Buat kad baru di cawangan bank dan tunggu pemulangan wang dalam tempoh 7 hingga 10 hari.

Namun, ada netizen yang mendakwa langkah-langkah yang dikongsikan ini hanya boleh diguna pakai sekiranya anda berdepan dengan beberapa situasi seperti berikut:

  • Pengeluaran duit di mesin ATM gagal dan kad ditelan.
  • Deposit duit di mesin CDM tidak berjaya selepas sistem tiba-tiba offline.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta bank tempatan lain.

Bagaimana talian ini dapat membantu mangsa scammer?

Anda boleh membuat aduan kepada talian tersebut dengan menceritakan perkara yang terjadi. Kemudian, kesemua akaun bank anda yang terlibat akan disekat bagi menghalang lebih banyak wang dicuri.

Bukan sahaja akaun bank anda, malah akaun milik penjenayah juga akan disekat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Ikuti langkah yang dikongsikan di atas dan semoga semuanya kembali seperti sedia kala.

Baca Artikel Berkaitan: Duit ‘Lesap’ Dari Akaun Bank? Ini 5 Langkah Untuk Dapatkan Semula Wang Anda

Baca Artikel Berkaitan: Duit Dalam Bank Kena Curi Dengan Scammer? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula

Baca Artikel Berkaitan: Duit Dalam Bank Boleh Dicuri Oleh Scammer Di Facebook, Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd