Now Reading
Pengguna KTM Boleh Guna Kad Kredit & Kad Debit Mulai November Ini

Pengguna KTM Boleh Guna Kad Kredit & Kad Debit Mulai November Ini

Sistem pembayaran tersebut membolehkan orang ramai menggunakan kad kredit, kad debit dan kod QR melalui aplikasi mobile KTMB (KITS).

sistem pembayaran terbuka ktm (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat pengguna pengangkutan awam di Malaysia, kad Touch ‘n Go (TNG) adalah satu keperluan untuk membolehkan mereka menaiki perkhidmatan ini ke pelbagai lokasi setiap hari.

Dengan adanya kad ini, pengguna tidak perlu untuk beratur panjang membeli token di mesin layan diri. Dengan syarat, anda perlu mempunyai nilai baki kad TNG yang mencukupi.


Pembayaran Terbuka Untuk Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bermula November Ini

Bagi pengguna KTMB di sekitar Lembah Klang yang sering menggunakan kad TNG untuk membuat pembayaran, anda kini mempunyai pilihan mod pembayaran lain yang bakal diperkenalkan.

Memetik sumber Astro Awani, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada hari ini (26 Oktober) mengumumkan bahawa sistem pembayaran terbuka tersebut akan bermula pada pertengahan November ini.

Sumber: MalayMail

Sistem pembayaran tersebut membolehkan orang ramai menggunakan kad kredit, kad debit dan kod QR melalui aplikasi mobile KTMB (KITS).

Projek yang memakan kos sebanyak RM29 juta ini boleh memanfaatkan pengguna di kesemua 57 stesen KTMB Komuter sekitar Lembah Klang.


Perkhidmatan Rangkaian Rapid Rail Juga Akan Memperkenalkan Sistem Pembayaran Terbuka

Tambah Anthony lagi, perkhidmatan rangkaian Rapid Rail juga akan menggunakan mod pembayaran yang sama merangkumi Laluan LRT Kelana Jaya, Laluan LRT Ampang, Laluan MRT Kajang, Laluan MRT Putrajaya dan Monorail.

Sumber: MalayMail/ Lowyat

Buat masa ini, pihak Prasarana masih dalam proses untuk memuktamadkan pelan pelaksanaan yang dijangka bermula pada Mac 2024 dan siap pada 2025.

Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50% daripada gantri (gantry) di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka. Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Anthony memaklumkan tentang perkara ini selepas diajukan soalan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkaitan status pelaksanaan sistem pembayaran terbuka dalam rangkai pengangkutan awam di Lembah Klang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd