Duit ‘Lesap’ Dari Akaun Bank? Ini 5 Langkah Untuk Dapatkan Semula Wang Anda
Ada yang mendakwa bahawa langkah-langkah ini hanya boleh diguna pakai jika individu yang melakukan transaksi tersebut tidak mengeluarkan duit daripada mesin ATM.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kes duit tiba-tiba hilang dari akaun bank sudah banyak kali berlaku kepada para pengguna. Setiap kali terjadi, mesti ramai yang panik dan gelabah.
Mana tidaknya, duit simpanan yang berjumlah puluhan dan ratusan ribu sekelip mata bertukar sifar. Confirm jantung berdegup laju tengok baki akaun ketika itu.
BACA JUGA: Ramai Mengeluh Baki Akaun Tiba-Tiba Kosong, Maybank Perjelas Hadapi Gangguan
Cara nak dapatkan semula wang yang hilang dalam bank
Menerusi tweet dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@anisssurayaaa), wanita ini berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil bagi mendapatkan semula wang anda yang hilang dalam akaun bank.
Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti di bawah:
1. Hubungi nombor di belakang kad bank anda
Tujuan menghubungi nombor berkenaan adalah untuk memaklumkan kepada pihak bank tentang transaksi yang tidak dikenali berlaku melibatkan akaun anda. Kebiasaannya pegawai bank tersebut akan memaklumkan pihak mereka akan menyiasat perkara berkenaan dan menyekat kad bank anda.
2. Screenshot segala transaksi yang tidak dikenali
Gambar screenshot tersebut penting sebagai bukti bahawa transaksi berkenaan berlaku tanpa pengetahuan anda. Dengan adanya bukti, ianya dapat membantu pihak bank menjalankan siasatan dengan lebih cepat.
1) Call nombor belakang kad bank
— AS (@anisssurayaaa) May 10, 2022
Terus call nombor yang ada dekat belakang kad tu, inform ada unknown transaction. Then usually CS akan cakap dorg akan siasat & block kad.
2) Screenshot semua transaction & highlight unknown transaction tu
3. Muat naik ‘Dispute Form’
Dispute Form ini penting sebagai langkah bertulis untuk menafikan segala transaksi yang berlaku tanpa mendapat keizinan anda. Antara maklumat penting yang perlu diisi dalam borang ini adalah seperti deskripsi transaksi, tarikh berlaku transaksi, jumlah dan sebab.
Anda boleh muat naik borang ini di laman web rasmi bank yang terlibat.
3) Download ‘Dispute Form’
— AS (@anisssurayaaa) May 10, 2022
Korang search je dekat google dispute form, download & terus isi je.
P/s: CS takkan mention ye step yang ni pic.twitter.com/K8I3bBliaS
4. E-mel ‘Dispute Form’ kepada pihak bank
Selepas selesai mengisi maklumat di dalam ‘Dispute Form’, semak terlebih dahulu bagi memastikan segala butiran sudah lengkap sebelum dihantar kepada pihak bank menerusi e-mel.
4) Email Dispute Form
— AS (@anisssurayaaa) May 10, 2022
Korang email form tadi tu, sekali dengan screenshot transaction kepada bank (disputemgmt@maybank.com.my / cfrm@maybank.com.my) & cc kepada Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my) pic.twitter.com/yLfNOvX8lY
5. Buat kad baru di cawangan bank & tunggu pemulangan wang
Langkah terakhir adalah dengan pergi ke cawangan bank untuk membuat semula kad bank baharu bagi mengelakkan lebih banyak transaksi tidak dikenali berlaku. Dalam beberapa tempoh juga anda akan mendapat e-mel daripada pihak bank yang memaklumkan pemulangan semula jumlah transaksi tersebut ke dalam akaun dalam tempoh 7-10 hari.
5) Pegi cawangan bank berdekatan & buat kad baru
— AS (@anisssurayaaa) May 10, 2022
6) Tunggu duit masuk pic.twitter.com/mEr4qlZpEa
Langkah ini hanya boleh digunakan mengikut situasi
Ada yang mendakwa bahawa langkah-langkah ini hanya boleh diguna pakai jika individu yang melakukan transaksi tersebut tidak mengeluarkan duit daripada mesin ATM.


Namun, langkah-langkah yang dikongsikan ini boleh diguna pakai sekiranya anda berdepan dengan beberapa situasi seperti berikut:
- Pengeluaran duit di mesin ATM gagal dan kad ditelan.
- Deposit duit di mesin CDM tidak berjaya selepas sistem tiba-tiba offline.

Semoga perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Ikuti langkah yang dikongsikan di atas dan semoga semuanya kembali seperti sedia kala.
Yang penting, jangan gelabah dan berfikiran rasional okay?
BACA JUGA: Ini Cara Simpan Duit Ke Tabung Haji Tanpa Caj. Senang Setel!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.